KUALA LUMPUR – Seramai 220 peserta terdiri daripada murid terpilih tahun 5 dan 6 serta guru-guru pengiring daripada ke semua sekolah rendah di Wilayah Kuala Lumpur menyertai program pemantapan solat dan klinik Fatihah.

Program itu dibuat bagi mengurangkan kesalahan dan kesilapan tradisi pembacaan Al-Fatihah terutama di kalangan orang muda

Program pemantapan itu telah diadakan di Masjid Ar Rahah Bangsar South, Kampung Kerinchi.

Ini merupakan program keempat dilaksanakan mengikut daerah pendidikan iaitu Daerah Sentul, Keramat, Pudu dan Bangsar

Dalam satu kenyataan, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berkata program ini dianjurkan bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada Majlis Penutup, Pengarah Eksekutif YWP, Abdul Rahman Siraj telah menyerahkan ‘mock cheque’ RM30,000 sebagai sumbangan pelaksanaan program pendidikan LKPIM yang dijalankan.

YWP berharap program ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bacaan amalan yang sempurna dalam solat 5 waktu melalui sesi Pemantapan Solat.

Leave a Reply