KUALA LUMPUR – PUTRA Sepang menyelar kenyataan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengenai “jangan jadikan isu sekolah Cina menerima dana dari syarikat minuman keras”.

Ahli Dewan Tertinggi PUTRA Malaysia, Mohamed Shahrin Ismail turut membidas dakwaan Loke berhubung sekolah Cina telah menerima sumbangan dari syarikat minuman keras sejak puluhan tahun dahulu.

“Apakah pendiriannya itu menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua sekolah dan tidak diguna pakai untuk sekolah Cina walaupun surat pekeliling telah dikeluarkan oleh KPM.

“Surat pekeliling KPM membawa maksud semua sekolah tidak dibenarkan menerima apa-apa sumbangan daripada syarikat minuman keras, syarikat judi dan syarikat rokok,” katanya.

Shahrin berkata PUTRA bahagian Sepang amat kesal dan merasa bimbang mengenai isu penerimaan sumbangan dari syarikat minuman keras yang diterima oleh sekolah Cina di kawasan Sepang.

Beliau berkata sumbangan daripada syarikat-syarikat itu tidak menepati garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

Sementara itu, Ketua Wira PUTRA Bahagian Sepang yang juga Exco Wira PUTRA Negeri Selangor Mohamad Aidil Ruzaimi melihat perkara ini amat serius kerana akibat dari normalisasi penerimaan sumbangan begitu akan diikuti oleh sekolah-sekolah yang lain.

Katanya, malahan ia juga melanggar prinsip adab dan melibatkan intergriti yang tidak menepati tatakelola melibatkan institusi pendidikan yang mana seawal muda disekolah rendah mereka didedahkan dengan kebersamaan penerimaan sumbangan dari syarikat minuman keras.

“Tidak takutkah kita membiasakan pendedahan golongan kanak-kanak kepada penerimaan sumbangan begini yang akhirnya membibitkan rasa selesa mereka pada perkara negatif ini,” katanya.

Naib Ketua PUTRA Bahagian Sepang yang juga Exco Wiranita PUTRA Negeri Selangor Ruzaimah Jamaluddin berpendapat penerimaan sumbangan tersebut juga telah menghina budaya dan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia.

Beliau berkata malah semua agama tidak menyukai tabiat dan amalan meminum arak yang kesannya kepada masyarakat dan negara .

“Tidak cukupkah kita dimalukan oleh sebuah iklan yang mempamerkan sekumpulan belia berpesta di dalam gerabak Keretapi Tanah Melayu membudayakan amalan yang tidak sihat malah memburukkan imej nama terteranya tanah bertuah ini,” katanya.

Ketua Wirawati PUTRA Bahagian Sepang Norzahara Fatiha Nordin melihat amalan penerimaan sumbangan dari syarikat-syarikat yang telah di gariskan oleh KPM memberi imej buruk kepada KPM

Katanya, seperti apa yang ditetapkan tiada nilai moral dan sekaligus moraliti yang dibina sejak kemerdekaan oleh KPM tercalar oleh sikap mereka yang tidak acuh dan tidak pegang pada prinsip kenegaraan.

PUTRA Bahagian Sepang telah selesai melaksanakan Mesyuarat Tahunan 2024 PUTRA Bahagian Sepang pada 21 Julai yang lalu dimana slogan “Pimpinan Berakhlak Membawa Kejayaan Negara” berjaya menarik minat 15 NGO bersama berta’aruf bersama barisan kepimpinan PUTRA Bahagian Sepang.

Ini sebagai pemerhati dimana semua perwakilan PUTRA Bahagian Sepang telah sebulat suara dengan slogan tersebut untuk mewujudkan satu generasi negara bangsa yang berkualiti perlulah bermula dari seorang pemimpin yang bukan sahaja mempunyai intergriti atau pengalaman yang luas tetapi semestinya mereka perlulah berakhlak yang menepati pegangan untuk semua agama terutama agama Islam.

Sekiranya pemimpin tersebut tidak berakhlak rosaklah negara tersebut kerana pemimpin adalah cerminan rakyatnya.

Ini juga untuk generasi mudanya membina negara yang betul-betul berkualiti bagi meneruskan tuntutan amanah yang diberikan oleh rakyat yang inginkan negara terus maju membangun dan komited dalam pembentukan masyarakat yang berakhlak mulia.

Leave a Reply