KUALA LUMPUR – Parti Progresif Rakyat (myPPP) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) hari ini dengan KnowSkills TVET College Kuala Lumpur bagi kerjasama dalam menyediakan pendidikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada belia.
Presidennya, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata MoU itu ditandatangani antara KnowSkills TVET College Kuala Lumpur dan pemuda MyPPP.
“Ini adalah satu persefahaman di mana kita akan dapatkan ahli MyPPP untuk mengikuti kursus-kursus di KnowSkills TVET College Kuala Lumpur ini.
“Kami berbesar hati kerana pengurusan KnowSkills TVET College Kuala Lumpur sudi terima tawaran kami dan juga dapat kerjasama dengan kami dan hasil daripada perbincangan itu dapat muktamadkan satu perjanjian persefahaman,” katanya kepada AATV News.
Menurut Loga, MyPPP merupakan parti pertama telah keluar secara terbuka bekerjasama dengan satu kolej TVET.
“Kali ini bersama saya ketua pegawai eksekutif KnowSkills TVET College Kuala Lumpur, Kanendran T.Arulrajah dan Myppp diwakili ketua pemuda MyPPP, Sathiah Sudakaran,” katanya.
Sementara itu, Loga berkata myPPP berharap parti itu dapat 100 ahli berpeluang belajar di KnowSkills TVET College Kuala Lumpur.
Beliau berkata hasil memorandum dengan KnowSkills TVET College Kuala Lumpur, ahli myPPP yang belajar di kolej TVET itu akan mendapat biasiswa dan bayaran pendaftaran hanya 50 peratus berbanding pelajar luar.
“Kita nak capai 1000 ahli (belajar di KnowSkills TVET College Kuala Lumpur).
“Akan buat rundingan semula macam mana nak bantu lebih berkesan,” katanya