filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; module: photo; hw-remosaic: false; touch: (-1.0, -1.0); sceneMode: 2; cct_value: 0; AI_Scene: (-1, -1); aec_lux: 286.57208; aec_lux_index: 0; albedo: ; confidence: ; motionLevel: -1; weatherinfo: null; temperature: 34;

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Wanita UMNO Malaysia menyuarakan kebimbangan serius berhubung dakwaan penderaan dan eksploitasi kanak-kanak yang dikaitkan dengan sebuah organisasi yang aktif di Selangor, Negeri Sembilan, dan beberapa negeri lain.

Insiden ini mendapat perhatian menyeluruh daripada pelbagai pihak setelah beberapa laporan mengenai eksploitasi agama, penderaan fizikal, dan seksual, serta pengabaian rawatan perubatan tersebar di media.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hjh Rosni binti Hj Zahari dalam satu kenyataan media hari ini mendesak pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan secara telus dan tanpa campur tangan yang tidak wajar.

Menurut beliau, insiden sebegini tidak seharusnya berlaku di mana-mana institusi yang ditugaskan untuk melindungi dan menjaga kanak-kanak.

“Eksploitasi agama, penderaan fizikal dan seksual, serta pengabaian rawatan perubatan adalah jenayah berat yang memerlukan tindakan segera dan tegas,” tegas Dato’ Rosni dalam kenyataannya.

Wanita UMNO turut menggariskan beberapa cadangan bagi memastikan tragedi ini tidak berulang. Antara langkah yang dicadangkan adalah pemantauan ketat oleh pihak berkuasa melalui audit berkala dan pemeriksaan mengejut ke atas rumah-rumah amal, serta pemberian rawatan perubatan dan sokongan psikologi komprehensif kepada mangsa.

Langkah Penguatkuasaan dan Latihan Diperketatkan

Selain itu, Wanita UMNO turut mendesak agar undang-undang perlindungan kanak-kanak dikuatkuasakan dengan lebih tegas, dan pelaku yang terlibat dalam kes-kes seperti ini dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, mereka mencadangkan agar semua kakitangan rumah amal menjalani latihan intensif berkaitan hak kanak-kanak serta prosedur penjagaan yang selamat dan beretika.

“Semua pihak perlu bersatu untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa diutamakan. Kami mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menyeluruh,” tambahnya lagi.

Wanita UMNO Malaysia komited untuk terus memperjuangkan keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini, serta menyeru masyarakat untuk turut sama memberi perhatian terhadap isu-isu melibatkan penderaan dan eksploitasi kanak-kanak.

Kes penderaan ini kini dalam siasatan pihak polis, dan pihak berkuasa telah memberikan jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan keadilan buat mangsa.

Leave a Reply