HEBOH TIBA-TIBA PASAL 1 JUTA RINGGIT SATU KELUARGA.

IMPOSSIBLE? TAPI BOLEH JADI POSSIBLE.

YANG TIMBULKAN 1 JUTA RINGGIT 1 KELUARGA INI PUN, BUKAN DARI RAKYAT BIASA, TAPI AHLI POLITIK SENDIRI YANG MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN DENGAN MENCETAK WANG SENDIRI.

ADA SEORANG MENTERI PERTIKAI, ANEHNYA, DIA TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN TAPI MENGESAHKAN PULA TIDAK MUSTAHIL IA BOLEH JADI. JADI TIDAK MUSTAHILLAH DILAKSANAKAN, BETUL?

MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU, CADANGAN 1 JUTA RINGGIT INI SEBENARNYA KALI KEDUA DISUARAKAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA. SELEPAS INI MUNGKIN ADA KETIGA, KEEMPAT DAN SETERUSNYA SEHINGGA ADA YANG AKAN LIHAT IA SEBAGAI KEPENTINGAN LEBIH BESAR.

PADA 2013, PROFESOR MATEMATIK YANG DIKENALI PROF MADYA ABDUL HAMID YEOP ADALAH ORANG PERTAMA MENCETUSKAN CADANGAN ITU DAN SEBAGAI SEORANG PROFESOR, SUDAH TENTU BELIAU SUDAH MEMBUAT KAJIAN SEBELUM MELONTARKAN CADANGAN YANG SEMUA AKAN TERFIKIR KONONNYA TIDAK MASUK AKAL. ANEHNYA LAGI, KINI ADA YANG MEMBANGKITKANNYA LAGI.

PERSOALAN DISINI, ADAKAH AHLI POLITIK ITU TAHU SESUATU DI SEBALIK CADANGAN 1 JUTA RINGGIT SATU KELUARGA?, YANG MANA CADANGAN ASAL PROFESOR ADALAH ‘SAYA AKAN BERI RM1JUTA SETIAP SEORANG, JIKA SAYA SEORANG PERDANA MENTERI, JIKA 1 KELUARGA 10 ORANG, MAKA 10 JUTA RINGGIT. BOLEH ULANG DENGAR.

RAKYAT PASTI TAK LUPA SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA ATAU PADU. YANG ASALNYA UNTUK MENGHAPUSKAN KASTA B40, M40, T20 ATAU MAHA KAYA.

SEBENARNYA, PROFESOR SAMA JUGA YANG PERTAMA MENCIPTA SISTEM SAMA SEPERTI PADU, IAITU SOKIP ATAU SISTEM ONLINE KIRA INDEKS PENDAPATAN SEBELUM PADU DIPERKENALKAN BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN.

APA KAITANNYA DENGAN 1 JUTA RINGGIT? KENAPA PULA KALAU JADI PERDANA MENTERI, BOLEH BERI 1JUTA SEORANG?

SISTEM SOKIP INI MATLAMATNYA UNTUK BANTU RAKYAT TANAH MELAYU, TERIMA HAK DAN BANTUAN DARIPADA PELBAGAI PROGRAM SUPAYA SEMUA AKAN JADI SETARA, TIADA YANG KAYA MAKIN KAYA, TIADA YANG MISKIN TERUS MISKIN.

DENGAN SOKIP, SEMUANYA MUDAH. MANA TIDAKNYA, SISTEM INI UNLIMITED RECORD, MENU, PROCESS, ACCESS, USE DAN USER, BOLEH CECAH 10 BILION REKOD TANPA CLICK LAGGING DALAM SATU HARI.

DENGAN SOKIP JUGA, MUDAH UNTUK SALUR BANTUAN TERMASUK 1 JUTA RINGGIT.

KENAPA 1JUTA RINGGIT SETIAP ORANG DAN BUKAN 1 JUTA SETIAP KELUARGA?

ANALOGI MUDAH, JIKA DIBERI NASI SEPINGGAN DIKONGSI 10 ORANG, LOGIKNYA BERLAKU PEREBUTAN. JADI UNTUK BERLAKU ADIL PADA SEMUA, SETIAP SEORANG DIBERI NASI SEPINGGAN, JADI MASING-MASING TIDAK KURANG, TIDAK LEBIH MALAH TIDAK TAMAK.

JADI, PADU INI BOLEH DIKATAKAN ADAPTASI DARI SOKIP. MAKA TIDAK MUSTAHIL JIKA 1 JUTA RINGGIT ITU BOLEH DILAKSANAKAN.

MUNGKIN ADA YANG MUSYKIL, DARI MANA 1JUTA RINGGIT ITU DIJANA? YANG PASTI BUKANNYA CETAK WANG SEPERTI CADANGAN AHLI POLITIK ITU, YANG JUGA DILIHAT TIDAK LOGIK UNTUK DILAKSANA SEPERTI KATA MENTERI EKONOMI.

ANALISIS KEWARTAWANAN SAYA SEBELUM INI MERUJUK KEPADA ARTIKEL JAWATAN NOMBOR SATU NEGARA LUBUK KEKAYAAN LUAR BIASA NAMUN BUKAN UNTUK DIJELASKAN DI SINI.

SEORANG YANG MEMEGANG JAWATAN PALING TERTINGGI DALAM NEGARA, SAYA ULANG, JAWATAN, TAHU SELOK BELOK PELUANG MERAIH DANA, YANG JUGA DANA UNTUK RAKYAT. JADI SEKALI LAGI, TIDAK MUSTAHIL BOLEH LAKSANA. WALAUPUN DARI PADU.

SEMBANG PASAL JUTA-JUTA MEMANG BASAH SAJA MULUT, NAMUN SEBENARNYA 1 JUTA RINGGIT ITU DISEKALIKAN DENGAN SYARAT DAN AMANAH.

ADA BEBERAPA CADANGAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN KEPADA PIHAK-PIHAK BERKAITAN, ATAU SELAMA MANA KERAJAAN MADANI MEMERINTAH BAGI PEMBERIAN KREDIT SECARA ONE-OFF ATAU SEKALI SAHAJA.

PERTAMANYA, DANA TERSEBUT WAJIB DIBELANJAKAN DALAM NEGARA SAHAJA. SEBAGAI CONTOH, 1JUTA RINGGIT SEORANG DIGUNAKAN SEBAHAGIANNYA UNTUK INSURANS TERMASUK KESIHATAN DIBAYAR SECARA LUMPSUM.

BAGI PENDIDIKAN, SAMA ADA DI PERINGKAT RENDAH ATAU MENENGAH, IA KEKAL DI BAWAH BANTUAN KERAJAAN ATAU PENDIDIKAN PERCUMA, BUKAN UNTUK SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA.

KEDUA, PENGELUARAN SECARA TUNAI MAKSIMUM SEHINGGA 100,000 RINGGIT, NAMUN BOLEH JUGA BUAT PEMBELIAN PEMILIKAN RUMAH DI BAWAH HARGA 300,000 RINGGIT.

JIKA SETIAP RAKYAT MEMILIKI DUIT DI TANGAN, BUKANKAH KUASA MEMBELI ADALAH DI TANGAN RAKYAT JUGA? YANG MEMBANTU MERANCAKKAN EKONOMI DARIPADA KUASA MEMBELI JUGA DARI TANGAN RAKYAT.

TIDAKKAH PADA MASA YANG SAMA KADAR KEBERHUTANGAN NEGARA AKAN TERUS DEFISIT MALAH MUNGKIN SIFAR HASIL KUASA BELI RAKYAT YANG MERANCAKKAN EKONOMI?

CAKAP PASAL SESUATU SISTEM DATA ONLINE, PERKARA PERTAMA DIBIMBANGI PASTINYA KEPADA KESELAMATAN SIBER. SERINGKALI SAYA DENGAR DI HALWA TELINGA BAHAWA TIADA SATU PUN DALAM DUNIA INI ADA ONLINE HACK-PROOF.

BENARKAH?
TAPI TAK MUSTAHIL IA BOLEH ADA. DUNIA SENTIASA BERUBAH KETAMADUNANNYA, LIHAT SAJA REVOLUSI TEKNOLOGI YANG TAK TERJANGKAU DEK AKAL.

PENDIRIAN SAMA SAYA ULANGI DALAM ARTIKEL SEBELUM INI, SISTEM PADU JADI SATU, MANFAAT ANAK TEMPATAN LINDUNGI DATA NEGARA.

SEBENARNYA TAK SUSAH UNTUK MEMILIH ANAK TEMPATAN, ATAU ANAK MELAYU YANG LAYAK KENDALIKAN DAN MENJAGA KEDAULATAN SERTA SISTEM KESELAMATAN SIBER NEGARA. SUDAH TENTU KRITERIA UTAMANYA ADALAH SEORANG YANG PROFESIONAL DALAM SISTEM SIBER DAN TIDAK DISANGKAL KEBOLEHANNYA.

ADA KRITERIA TAMBAHAN YANG PERLU SEIRING DENGAN KEBOLEHAN SESEORANG PAKAR KESELAMATAN SIBER ANTARANYA :

1. ANAK JATI TANAH MELAYU
2. ADA EMPATI TERHADAP RAKYAT TANAH MELAYU
3. TIDAK BERDOLAK-DALIK, CONTOHNYA HARI INI KATANYA SAYANG CINTA TANAH AIR, BILA BERADA DI LUAR NEGARA SIBUK PULA MENGUTUK NEGARA KELAHIRAN, PENDEK KATA, DERHAKA KEPADA NEGARA.

KESIMPULAN DI SINI, SALAHKAH SETIAP RAKYAT JADI JUTAWAN?
JIKA JADI JUTAWAN, BENARKAH SEMUA TIADA KERJA? PERNIAGAAN, PEJABAT TUTUP?

JIKA JADI JUTAWAN, TIDAK BEKERJA KAH?
ORANG MELAYU ADA YANG JUTAWAN, TIDAK PULA DILIHAT GOYANG KAKI. TETAP JUGA BEKERJA. TIDAK SALAH JUTAWAN BEKERJA SEBAGAI TUKANG CUCI, TIDAK SALAH JUTAWAN JUGA BOLEH BERNIAGA NASI LEMAK.

JADI JUTAWAN SEPERTI RAKYAT NEGARA ARAB, MUNGKIN YA TIDAK BEKERJA.

HEBATNYA ORANG MELAYU DULU-DULU BIJAK MENCIPTA PEPATAH, GUNUNG YANG TINGGI SEKALIPUN TETAP AKAN RUNTUH JIKA SETIAP HARI IA DIGALI ATAU LAUT DITIMBA TETAP AKAN KERING YANG KEDUA-DUANYA MEMBAWA MAKSUD, HARTA TETAP AKAN HABIS JIKA BERSIKAP BOROS. JADI, BEKERJALAH WALAUPUN ANDA SEORANG JUTAWAN.

https://www.pbs.org/newshour/economy/what-would-happen-if-the-gover

https://youtu.be/pg9UAQQFJL8?si
= RM1JUTA SETIAP RAKYAT
https://www.facebook.com/share/p/HhHN7AGgUraUqhnh/

https://www.sinarharian.com.my/article/686939/berita/politik/kalau-setiap-keluarga-ada-rm1-juta-siapa-yang-nak-kerja—rafizi

Leave a Reply