AMPANG, 14 OGOS 2022 – Program E-Digitalisasi peringkat Parlimen Pandan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pandan bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana, Ampang, Selangor menyaksikan seramai 200 Peniaga dari pelbagai Sektor menghadiri program tersebut.
Sistem yang diperkenalkan oleh Alphacomp Solution Sdn Bhd ini adalah satu sistem yang dicipta khas bagi mengabungkan kesemua industri bagi mendorong para usahawan / peniaga meluaskan perniagaan mereka secara digitalisasi ke arah Malaysia Maju Era Pendigitalan.
Golongan sasaran kami adalah semua golongan usahawan / peniaga yang berniaga tidak kira perniagaan yang diasaskan itu secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan dan lanya terbuka untuk semua jenis perniagaan namun kami lebih menekankan kepada golongan peniaga B40.
Diantara Ciri yang ada dalam Aplikasi MySejiran adalah;
INFORMASI DIGITAL (KOD IMBASAN / NFC) – Memaparkan produk / menu jualan sesebuah kedai bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.
SISTEM GILIRAN – Sistem Giliran Pendigitalan memudahkan pelanggan untuk menempah tempat duduk (Dine-In) atau bawa pulang (Take Away / Delivery).
INTER-VOUCHER – Membantu mengembangkan lagi pemiagaan kejirananan dengan – memberikan baucar promosi diskaun kepada setiap pelanggan.
Diantara Faedah kepada peniaga adalah;
* 0% Faedah kepada peniaga
* Menjimatkan Kos Pegurusan
* Mengatasi Masalah Kekurangan Tenaga Kerja
* Mempunyai E-Kedai Sendiri
* Pembayaran terus ke akaun peniaga
* Mempromosikan Perniagaan secara pendigitalan
* Sistem Pengurusan lebih sistematik dan teratur
* Mempunyai rekod jualan
Matlamat utama Alphacomp Solution Sdn Bhd adalah untuk membantu para peniaga daripada golongan B40 secara amnya untuk meningkatkan hasil jualan mereka secara lebih meluas dengan menggunakan Aplikasi “MYSEJIRAN” yang mana aplikasi ini dapat mempromosikan perniagaan mereka ke radius yang lebih besar dan meluas.
Dalam situasi sekarang sistem inovasi yang berteknologi tinggi amat diperlukan dalam memastikan setiap daripada kita dilindungi dan dihindari dari wabak yang berbahaya ini. Sistem yang diperkenalkan ini secara tidak langsung dapat menyekat penularan wabak penyakit yang kian melonjak naik setiap hari.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Pandan Indah, YB Tuan ir, Izham bin Hashim, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) YBhg. Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor YBhg. Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor serta Ketua Polis Ampang.