*AMBIL IKTIBAR THE DARK AGE EROPAH

SEBELUM MENGUPAS LANJUT TAJUK INI, DIHARAP ANALISIS KEWARTAWANAN INI BOLEH MEMBUKA ‘HATI’ PADA ‘MATA’ YANG MELIHAT ‘ISINYA’.

RUU MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN CETUS POLEMIK PERDEBATAN DALAM KALANGAN RAKYAT TERMASUK BUKAN ISLAM DI NEGARA INI.

DI SINI BUKANLAH TUJUAN UNTUK MENJELASKAN BUTIRAN RUU TERSEBUT YANG DIBENTANG MELALUI BACAAN KALI PERTAMA DI DEWAN RAKYAT, 2 JULAI LALU, SEBALIKNYA MEMBERI POIN BERDASARKAN ANALISIS KEWARTAWANAN UNTUK MEMBANTU MELERAIKAN KEKUSUTAN YANG TIMBUL.

JIKA DILIHAT BANYAK SUDUT, MEREKA YANG MEMBERI REAKSI, MAHUKAN PENJELASAN SEBENAR MALAH ADA YANG MEMPELAWA KEMENTERIAN AGAMA UNTUK BERDIALOG, BUKAN SEKADAR MENCECEH DI ATAS PENTAS ATAU TIBA-TIBA BENTANG DI PARLIMEN TANPA BINCANG DENGAN PIHAK-PIHAK SEPATUTNYA.

PERKARA YANG PALING PERLU DIBERI PERHATIAN SEBENARNYA ADALAH TITAH RAJA YANG TURUT MENGULAS PERKARA SAMA.

SEBAGAI RAKYAT YANG HIDUP DALAM NEGARA BERDAULAT, DI BAWAH PAYUNG PERLEMBAGAAN, SUDAH TENTU FAHAM POSISI YANG DIPERTUAN AGONG DALAM KALANGAN 9 RAJA-RAJA MELAYU MENAIKI TAKHTA SEBAGAI KETUA NEGARA, SEKALI GUS KETUA AGAMA NEGARA.

KETIKA INI, SULTAN JOHOR DIMASYHUR SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG, DAN, SULTAN PERAK MEMANGKU SEBAGAI TIMBALANNYA, JUGA PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE 267 DAN PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI).

NAMUN DEMIKIAN, CADANGAN RUU MUFTI ITU MENERIMA PERSPEKTIF BERBEZA APABILA TIDAK MENDAPAT PERKENAN RAJA PERLIS, SALAH SEORANG DARIPADA 9 RAJA RAJA MELAYU YANG MELIHAT BUTIRAN TERSEBUT DAN MENYIFATKAN IA TAKRIFAN SEMPIT, TIDAK INKLUSIF, ADA ELEMEN SEKTARIAN.

BAHKAN, BAGINDA TIDAK MAHU MAJLIS RAJA RAJA (MRR) DIHERET MENYOKONG RUU TERSEBUT.

ANEH, PERKARA TIDAK INKLUSIF ITU DILIHAT KONTRADIK DENGAN NARATIF MADANI YANG MEMBAWA KONSEP INKLUSIF.

RUU ITU JUGA DISIFATKAN BERCANGGAH DENGAN SEKSYEN 34 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1993.

ADA YANG MENDAKWA APABILA RUU ITU DIBENTANG DI PARLIMEN, IA BOLEH TERPAKAI DI NEGERI-NEGERI LAIN.

ADA YANG MENDAKWA JUGA RUU ITU TIDAK DIKAWAL MUFTI, TETAPI ADA LANTIKAN PERUNDING AKIDAH, ADA MELIBATKAN BAYARAN.

LEBIH MENGEJUTKAN, ADA PERKATAAN YANG JANGGAL DIDENGAR DALAM KALANGAN ORANG ISLAM NEGARA INI IAITU AJARAN ASYAIRAH DAN MATURIDIYAH.

LAGI MENGEJUTKAN APABILA RUU ITU TURUT DIDAKWA MENYEKAT INDIVIDU MENGENAKAN SAMAN KEPADA KERAJAAN, SELAIN MEWUJUDKAN KASTA DALAM AGAMA.

KETIKA RAMAI YANG MEMPERSOAL DAN MEMBANTAH RUU ITU, HADIR BIBIT KEKECEWAAN APABILA MENTERI AGAMA MENOLAK PELAWAAN MUFTI UNTUK BERDIALOG ATAS ALASAN PERPECAHAN BERLAKU DALAM KALANGAN UMAT ISLAM BERMULA DARIPADA PERBEZAAN PENDAPAT YANG TIDAK DIURUS DENGAN BAIK.

WALHAL, MANUSIA DIGALAKKAN UNTUK BERBINCANG BAGI MENCARI TITIK PERSAMAAN WALAUPUN MASING-MASING MEMPUNYAI PANDANGAN BERBEZA SEPERTI YANG DILAPORKAN AATVNEWS.COM, MEMETIK KENYATAAN AKTIVIS ISLAM UK, YANG PERNAH BERKUNJUNG KE MALAYSIA, SEBELUM INI MENGULAS DAKWAAN PERPECAHAN BERKURUN LAMA DI NEGARA INI SEHINGGA TIDAK BOLEH BERSUARA ISU PERBEZAAN PENDAPAT DALAM KALANGAN WAHABI, SYIAH, SUNNI SECARA TERBUKA DENGAN TURUT MERUJUK SURAH AN-NISA, AYAT 82, FIRMAN-NYA,

“Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Tuhan, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”

INI DISOKONG DAPATAN YANG DIAMBIL DARIPADA PEMIKIR DAN ILMUAN ALAM MELAYU, TAN SRI ZAINAL ABIDIN AHMAD ATAU PENDITA ZA’BA, YANG BERPENDAPAT BANYAK ULAMA TIDAK BERANI MENCUNGKIL PENDAPAT SENDIRI SELAIN MENGKRITIK PENGAJARAN AGAMA BERASASKAN MOTIVASI PAHALA DAN DOSA DIANGGAP TIDAK EFEKTIF UNTUK GOLONGAN BERPENDIDIKAN TINGGI.

BERDASARKAN ANALISIS KEWARTAWANAN PENULIS, ADA BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH DIRUJUK DAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU SELESAI ISU INI.

1. JIKA MUFTI TIDAK TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN RUU, APA MAKSUD FUNGSI MUFTI 3 WILAYAH PERSEKUTUAN MENASIHATI AGONG? DAN ADAKAH DENGAN MENDENGAR NASIHAT SEORANG MUFTI WILAYAH, SELURUH RAKYAT NEGARA INI AKAN TERKESAN?
2. JIKA BENAR DAKWAAN RUU DIBENTANG DI PARLIMEN ITU BOLEH TERPAKAI DI NEGERI LAIN, ADAKAH AKAN BERLAKU PERTINDIHAN KUASA? JIKA BERTINDIH, BUKANKAH TIMBUL SATU LAGI PERTIKAIAN? BUKANKAH SELAMA INI TIADA SATU BENTUK PENYERAGAMAN HAL EHWAL AGAMA ANTARA SEMUA NEGERI?
3. ADA DAKWAAN MENTERI SENDIRI TIDAK FAHAM MAKSUD ASYAIRAH DAN MATURIDIYAH, ADAKAH IA AJARAN ATAU MAZHAB BAHARU BERLANDASKAN AHLUS SUNNAH WALJAMAAH, YANG MANA ISLAM SEDIA ADA BERPECAH SEPERTI WAHABI, SALAFI, SYIAH? ATAU ADALAH IA KULTUS BAHARU?
4. MERUJUK KEPADA RAKYAT TERIKAT DENGAN RUU JIKA DIGUBAL, ADAKAH MENTERI ATAU MANA2 TERLIBAT DALAM RUU ITU SUDAH BERSEDIA JIKA, ADA PERKARA YANG BERCANGGAH DENGAN PENDAPAT SENDIRI OLEH KERANA DIDAKWA MENTERI SENDIRI TIDAK MEMAHAMI JELAS RUU ITU SEBELUM MENGENAKAN PADA RAKYAT?
5. APA JAMINAN PENGASAS ASYAIRAH DAN MATURIDIYAH ITU PALING BENAR? MENGAPA JIKA TIDAK MENURUT AJARAN ITU DILABEL KELUAR DARI AGAMA ATAU KAFIR, ADAKAH WUJUD INDIVIDU MAKSUM KETIKA INI, JADI DIPAKSA UNTUK MENGIKUT BERDASARKAN RUU YANG MENGANDUNGI BUTIRAN ITU?
6. APA MAKNA SEBENAR KAFIR?
7. NABI JUGA BUAT SILAP, APATAH LAGI MANUSIA BERDASARKAN SURAH AL ARAF, AYAT 22, FIRMAN-NYA

“Dia membujuk mereka dengan tipu daya. Ketika mereka mencicipi pohon itu, tampaklah oleh mereka auratnya, maka mulailah mereka menutupinya dengan daun-daun surga. Tuhan menyeru mereka, “Bukankah Aku telah melarang kamu dari pohon itu dan Aku telah mengatakan bahwa sesungguhnya setan adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?”

8. JIKA RUU ITU DIGUBAL, DAN JIKA BERLAKU PERCANGGAHAN, ADAKAH AKAN BERLAKU CACA MERBA DALAM PERLEMBAGAAN, YANG BOLEH DILIHAT SEBAGAI TIDAK LAGI TERLETAK PADA KEDUDUKANNYA YANG TERTINGGI DAN SUKAR UNTUK BERPATAH BALIK MEMBETULKAN?
9. LANJUT MENGENAI ADAB DALAM PERBEZAAN PENDAPAT DALAM ISLAM YANG DIBUKUKAN PERDANA MENTERI, DI MANA REALITI TERJEMAHANNYA?
10. APA AKAN JADI PADA PERLEMBAGAAN JIKA MENTERI ATAU MUFTI BERTUKAR GANTI DAN TIDAK SEPENDAPAT DENGAN RUU ITU?
11. JIKA RAKYAT PERLU MENURUT MEMBABI BUTA RUU ITU, DAN DINAFIKAN PERSOALAN, ADAKAH ANALOGINYA SAMA SEPERTI RUJUKAN SURAH AL ANAAM, AYAT 116-117, FIRMANNYA,

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

“Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

12. JIKA RAJA TIDAK PERKENAN, WAJARKAH TITAHNYA TIDAK DIPEDULIKAN?

DI SINI, PERSOALAN DEMI PERSOALAN HANYA KERANA BERMULANYA TIDAK MENDAPAT PERKENAN RAJA, APATAH LAGI RAKYAT YANG ‘TURUT SERTA’ DALAM POLEMIK INI WALAUPUN ADA YANG BERSETUJU NAMUN SEJAUH MANA KEFAHAMAN SETIAP MEREKA BOLEH DITAKRIFKAN JIKA BERCANGGAH DENGAN PANDANGAN RAJA.

ISU INI AKAN TERUS MENIMBULKAN PERTIKAIAN SELAGI MANA TIMBUL PERSOALAN, MALAH DIJANGKA AKAN TERUS DIKAITKAN DENGAN ISU TIDAK BERKESUDAHAN MELIBATKAN PERTINDIHAN BIDANG KUASA SYARIAH DAN SIVIL.

UMUM TAHU, BETAPA BANYAKNYA AJARAN-AJARAN ISLAM BAHARU DAN MENGELIRUKAN DAN DIFATWA SESAT. LAGI ANEH APABILA SUDAH DIFATWA IA TIDAK DIHAPUS TERUS, TETAPI DIPANTAU DAN DIINTIP SEOLAH-OLAH MEMBIARKAN IA BERLAKU, DAN TERUS MENGELIRUKAN ORANG AWAM.

AMBIL CONTOH PALING MUDAH DAN DI DEPAN MATA, GISB YANG ASALNYA AL-ARQAM DIKAITKAN TAREKAT SESAT SUDAH DIFATWA SEJAK 1994, NAMUN LEBIH 20 TAHUN MASIH ‘HIDUP’ MALAH LEBIH TERUK LAGI JENAYAH YANG DIKESAN KALI INI.

AJARAN ISLAM DENGAN PELBAGAI MAZHAB DI NEGARA INI SUDAH CUKUP MENCETUSKAN BANYAK KEKELIRUAN ORANG ISLAM, MALAH SEHINGGA KINI BELUM SELESAI.

BUKANKAH LEBIH BAIK MENGURANGKAN AJARAN BERCANGGAH DARIPADA MENAMBAH KEKUSUTAN DI TANAH MELAYU BERDAULAT INI?

PADA HEMAT PENULIS, RUU MUFTI SEOLAH-OLAH DILIHAT SEBAGAI ALAT DALAM AGENDA PIHAK TERTENTU YANG CUBA MEMPENGARUHI UNTUK MENDAPATKAN KUASA MENGATASI RAJA-RAJA.

JANGAN DILUPA, MESKIPUN BARAT BERBANGGA KEGEMILANGAN ZAMAN RENAISSANCE DAN REVOLUSI INDUSTRI NAMUN MEMBISU KETIKA DIMINTA MENGULAS ERA THE DARK AGE, YANG MANA KETIKA ITU MAHARAJA PERLU MENCIUM KAKI LELAKI PALING BERKUASA DUNIA, POPE INNOCENT III.

TIDAKKAH ISU INI, AKAN MENGULANGI PERISTIWA SEJARAH ERA GELAP EROPAH, SEHINGGA INSTITUSI RAJA DIGULING DAN SISTEM BERAJA MUSNAH AKIBAT INSTITUSI AGAMA ATAU GEREJA MENGONGKONG DAN BERLEBIHAN DALAM PEMERINTAHAN, MALAH MANUSIA KETIKA ITU TERPAKSA BERFIKIR SECARA SEMPIT DAN TERBATAS?

BEKAS HAKIM NEGARA, DATUK DR HAMID SULTAN ABU BACKER, YANG TURUT MENGULAS PERKARA SAMA, BIMBANG RUU ITU BOLEH MENGGUGAT PERLEMBAGAAN DAN BERHARAP RAJA-RAJA MELAYU CAMPUR TANGAN MENGGUNAKAN KUASA DI BAWAH PERKARA 38 PERLEMBAGAAN, BAGI MEMPERTAHANKAN KESEIMBANGAN PERUNDANGAN DAN MENJAGA HAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM.

_____

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/10/20/ruu-mufti-menteri-agama-tolak-dialog-dengan-dr-maza/
https://vt.tiktok.com/ZSjdUEWVs/
https://www.sinarharian.com.my/article/674500/berita/nasional/raja-perlis-tidak-berkenan-takrifan-sempit-ruu-mufti
https://m.malaysiakini.com/news/722861
https://mediavariasi.com/2023/04/hilang-toleransi-cepat-menghukum-punca-umat-islam-berpecah-syeikh-muhammad-umar-ramadhan/
https://aatvnews.com/?p=6531 https://eprints.um.edu.my/3618/1/%5B2009%5D_PENDITA_ZA’BA_TENTANG_ISLAM_DAN_MELAYU.pdf
https://www.researchgate.net/publication/303812338_Perubahan_-_perubahan_yang_berlaku_semasa_Zaman_Kemuncak_Pertengahan_di_Eropah
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/philosophy-and-current-issues/sejarah-eropah-zaman-renaissance-reformasi-protestan-revolusi-sainsgerakan-pencerahan/27106273
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2024/10/25/muftis-fatwas-and-the-federal-constitution/

Leave a Reply