Bandar Tun Razak, 9 November 2024 – Majlis sambutan Deepavali tahun ini, dikenali sebagai Deepavali Kondattum 2024, diadakan di Bandar Tun Razak dengan penuh meriah dan semangat perpaduan. Acara tahunan ini merupakan inisiatif bersama antara Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dan Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan dan telah memasuki tahun keduanya. Dihadiri lebih 1,500 orang daripada pelbagai latar belakang masyarakat, majlis ini melambangkan kepelbagaian budaya yang dirai bersama dalam suasana harmoni.

Jonathan Vela, Ketua Biro Masyarakat India Parti Keadilan Rakyat dan Naib Ketua Cabang Bandar Tun Razak, mengetuai acara ini yang turut disertai oleh komuniti Melayu dan Cina selain masyarakat India. Kehadiran pelbagai kaum dalam sambutan ini menggambarkan semangat perpaduan yang semakin kukuh di Malaysia, terutamanya di Parlimen Bandar Tun Razak.

Salah satu aktiviti utama dalam majlis ini adalah penyampaian sumbangan kepada penerima yang layak. Hari ini, Lebih kurang 150 penerima telah menerima bantuan bernilai RM100 setiap seorang sebagai sebahagian daripada komitmen sosial Keadilan untuk membantu masyarakat memerlukan. Selain itu, keseluruhan 1,000 penerima telah menerima bantuan ini secara berperingkat, menjadikan ianya sebagai platform penting dalam menyalurkan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah.

Turut mencuri tumpuan pada acara ini adalah acara lucky draw dengan hadiah bernilai antara RM800 hingga RM1,000, yang menambah kemeriahan suasana dan menggembirakan para hadirin. Acara lucky draw ini menjadi simbolik penghargaan kepada kehadiran ramai, memberi mereka peluang untuk membawa pulang hadiah menarik sambil mengeratkan ikatan komuniti.

Walaupun Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir atas urusan rasmi mewakili Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim di acara sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2024 di Taman Botani Tasik Perdana, kehadiran ramai di majlis ini tetap menunjukkan sokongan kuat masyarakat Bandar Tun Razak terhadap program-program anjuran kerajaan dan Parti Keadilan Rakyat. Kehadiran beliau yang diwakili oleh pemimpin-pemimpin tempatan membuktikan sokongan berterusan terhadap masyarakat pelbagai kaum dan sambutan perayaan agama.

Di samping penyampaian sumbangan dan lucky draw, pihak Jonathan Vela turut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM5,000 kepada dua buah rumah ibadat (kovil) di Bandar Tun Razak. Ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap peranan rumah ibadat dalam komuniti, tetapi juga usaha meningkatkan bantuan pada tahun hadapan untuk memastikan kesejahteraan dan penyatuan masyarakat.

Bagaimanapun, pihak penganjur turut menyedari ada aduan dan ketidakpuasan hati dari beberapa individu mengenai pengurusan majlis. Jonathan Vela menyatakan komitmen Parti Keadilan Rakyat untuk memperbaiki kelemahan pengurusan dan komunikasi, menekankan kepentingan mendengar maklum balas masyarakat agar sambutan akan datang lebih baik dan memberi keselesaan kepada semua yang hadir.

Majlis sambutan ini mencerminkan aspirasi rakyat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian, terutamanya dalam meraikan Deepavali sebagai satu perayaan yang dapat mengukuhkan lagi keharmonian antara kaum.

Leave a Reply