KUALA LUMPUR – Seramai 300 orang daripada golongan asnaf, kurang upaya dan ibu tunggal telah menerima sumbangan Nur Ramadan di Bandar Tasik Selatan.

Menurut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismai merakamkan setinggi penghargaan kepada
semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menganjurkan program Nur Ramadan Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak.

Katanya, antara pihak yang terlibat seperti
Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pengurusan Masjid Al Muqarrabin, dan semua urusetia.

Dalam ucapannya, Wan Azizah melahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis ini serta menekankan kepentingan bulan Ramadan sebagai bulan keberkatan dan pengampunan.

“Saya mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya serta limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama pada hari ini di dalam Program Nur Ramadan.

“Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW Penghulu segala Rasul, pembawa rahmat sekalian alam,” katanya.

Sementara itu, Wan Azizah turut mengajak masyarakat untuk terus menghayati Ramadan dengan penuh keikhlasan serta memperbanyakkan amal kebajikan demi manfaat bersama.

Turut hadir dalam program itu adalah
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Azman berharap sumbangan itu dapat menambahkan keceriaan di bulan Ramadan.

Program itu bertujuan membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan, sekaligus menyemarakkan semangat Ramadan sebagai bulan keprihatinan dan kebersamaan.

Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan bagi membantu golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim, dan warga emas menjelang sambutan Aidilfitri.

Program itu juga bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pihak berkuasa, masyarakat, dan institusi agama dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang.

Leave a Reply