KAJANG, 2 Mei 2025 – Jenama makanan segera tempatan, BGM Burgerman, yang mula beroperasi di Bandar Baru Bangi sejak November tahun lalu, kini melangkah setapak ke hadapan dengan menjalin kerjasama strategik bersama King Of Road Trip (KORT) untuk memperluas perkhidmatan penghantaran burger ke seluruh Semenanjung Malaysia.

BGM Burgerman yang dikenali dengan sajian burger dan ayam goreng berkonsepkan makanan segera, telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk Bangi dan kawasan sekitarnya.

Antara menu paling popular ialah BGM Double Cheese Burger yang dikatakan menyaingi kualiti jenama burger antarabangsa.

“Alhamdulillah, kami menerima maklum balas sangat positif. Ada pelanggan yang datang sehingga 21 kali dalam tempoh empat bulan kami beroperasi.

“Ini satu pencapaian yang memberi motivasi besar kepada kami,” kata Pengasas BGM Burgerman, Nordin Mat.

Ekoran permintaan tinggi itu, BGM mengumumkan pelancaran siri jelajah khas bertajuk “DCB Tour” hasil kerjasama bersama KORT yang akan memudahkan penggemar burger di luar Lembah Klang untuk menikmati sajian istimewa ini.

“Siri jelajah ini membolehkan pelanggan di negeri-negeri lain turut menikmati menu kami walaupun premis utama hanya di Bangi. Kami berjanji sajian yang dibawakan tidak akan mengecewakan,” tambah Nordin.

Sementara itu, Pengasas KORT, Mohd Aliff Shukri berata syarikat yang mula beroperasi sejak 2019 itu mempunyai kepakaran dalam penghantaran produk makanan viral, disokong oleh 20 petugas dan 10 kenderaan penghantaran.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan BGM Burgerman. Sistem penghantaran kami sudah terbukti berkesan dan diyakini pelanggan.

“Kami sedia memenuhi permintaan peminat burger asli tempatan merentasi negeri-negeri di Semenanjung,” katanya.

Antara menu yang akan dibawa dalam siri jelajah ialah Beef Burger, Cheese Burger, Double Cheese Burger dan Mega Burger.

Jadual penghantaran awal meliputi empat lokasi seperti berikut:

Johor – 15 Mei 2025

Perak – 23 Mei 2025

Pahang/Terengganu – 30 Mei 2025

Pulau Pinang/Kedah – 5 Jun 2025

Orang ramai yang ingin membuat pesanan boleh menghubungi talian 011-2422 0310, manakala mereka yang berminat menjadi agen jualan BGM Friends boleh menghubungi 014-713 9169.

Leave a Reply