Mana YB PH & PN saat rumah keluarga ini dirobohkan???…

Dato Dr Kalaivanar tampil bantu keluarga ini…

SLIM RIVER, 21 Mei 2025 – Satu insiden menyayat hati telah berlaku apabila sepasang suami isteri warga emas yang uzur kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka dirobohkan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak. Tindakan merobohkan rumah mereka pada awal pagi ini telah mengundang kecaman pelbagai pihak, termasuk aktivis sosial terkemuka, Dato’ Dr Kalaivanar dari Nambikkai Malaysia.

Dalam satu sidang media emosional di lokasi kejadian, beliau menzahirkan kekecewaan mendalam terhadap sikap kerajaan negeri dan wakil rakyat yang didakwanya gagal menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat miskin yang tertindas.

“47 tahun Encik Shanmugam bina rumah ini, datang atas pelawaan dari pejabat tanah. Tapi pagi ini, dengan kejamnya rumah mereka diroboh tanpa belas kasihan,” kata beliau sambil menegaskan bahawa kedua-dua suami isteri itu sedang menghidap penyakit serius – si suami menghidap diabetes kronik dan isterinya pula menghidap barah rahim.

Dato’ Dr Kalaivanar turut menegur sikap ahli Parlimen dan wakil rakyat tempatan yang didakwanya lepas tangan dan tidak turun padang ketika rakyat mereka berdepan penderitaan.

“Kalau kerajaan mahu ambil tanah, itu hak mereka, tetapi mana pergi perikemanusiaan? Kita tolong pelarian luar negara, tapi anak Malaysia sendiri dibiar merempat,” tegas beliau lagi.

Beliau juga mempersoalkan kenapa bantuan rumah atau penempatan sementara tidak disediakan terlebih dahulu sebelum tindakan pengusiran dan perobohan dilakukan.

Sebagai langkah segera, beliau berikrar untuk menggunakan dana peribadi bagi menyewa rumah sementara kepada keluarga malang tersebut sambil menyeru agar kerajaan negeri dan menteri yang bertanggungjawab bertindak segera.

“Setiap tahun menteri ada peruntukan besar. Guna peruntukan itu bantu rakyat. Ini bencana ciptaan manusia,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar Menteri Besar Perak dan exco berbangsa India mengambil tanggungjawab dengan segera menghulurkan bantuan serta menyediakan penempatan tetap buat keluarga tersebut.

#KeadilanUntukRakyat #RumahUntukWargaEmas #JanganZalim #Perikemanusiaan #SlimRiver #KrisisKemanusiaan #RakyatTerabai #TolakKezaliman #TanggungjawabWakilRakyat #PrihatinBukanRetorik

Leave a Reply