KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 – Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. (RAFFTECH), penyedia perkhidmatan digital utama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), secara rasmi melancarkan Program Ganjaran SSM e-Info dan Aplikasi Mudah Alih 3.0 dalam satu majlis gilang gemilang yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 21 Mei 2025.

Pelancaran ini menandakan satu lonjakan penting dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital kerajaan kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Dengan tema “Beli, Kumpul, Tebus”, program ganjaran ini menawarkan sistem mata yang boleh ditebus melalui aplikasi bagi memberi manfaat tambahan kepada pengguna aktif SSM e-Info.

Menurut Pengerusi Eksekutif RAFFTECH, YBrs. Datuk Md. Afendi Hamdan, pelancaran ini merupakan hasil strategi digitalisasi berterusan untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar, pantas dan mesra pengguna. “Pengguna kini mahukan lebih daripada sekadar maklumat – mereka mahukan kemudahan, kecekapan dan ganjaran atas setiap urusan yang mereka lakukan,” katanya dalam ucapannya.

SSM e-Info versi 3.0 kini tampil dengan antara muka baharu yang moden dan profesional, serta navigasi yang lebih interaktif. Pengguna kini boleh mengakses maklumat korporat seperti sijil penubuhan dan pemfailan berkanun secara real-time, dengan hanya beberapa klik melalui telefon pintar mereka. Aplikasi ini menyokong peranti iOS dan Android dan boleh dimuat turun dari Apple App Store serta Google Play Store.

Aplikasi ini berfungsi sebagai sumber rujukan penting untuk ahli perniagaan, pelabur dan pihak perundangan yang memerlukan maklumat sahih tentang syarikat berdaftar di Malaysia. Pengguna juga boleh menikmati dokumen Digitally Certified True Copy (DCTC) yang disahkan melalui sistem Certification Authority dalaman RAFFTECH – satu-satunya penyedia perkhidmatan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Sejak 2006, RAFFTECH telah membina kepercayaan sebagai gerbang utama akses maklumat korporat negara. Hari ini, dengan pelancaran versi terbaru aplikasi dan program ganjaran digitalnya, RAFFTECH sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi dalam ekosistem digital Malaysia.

#SSMeInfo #RAFFTECH #DigitalMalaysia #MaklumatKorporat #AplikasiMudahAlih #GanjaranDigital #BeliKumpulTebus #TransformasiDigital #DataPerniagaan #InovasiSSM

Leave a Reply