KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 – Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 mencatat satu lagi pencapaian penting menerusi Majlis Pengenalan Rasmi Barisan Speaker, Penaja dan Pempamer yang diadakan hari ini di Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kuala Lumpur.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Presiden WEF ASEAN 2025, Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, dengan kehadiran lebih 70 tetamu kehormat termasuk Dr. Sugumari S. Shanmugam, Pengarah Kanan Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, MITI.
WEF ASEAN 2025 dijadual berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2025 di Dewan Perdana, MITI, dan bakal menghimpunkan lebih 100 speaker dari dalam dan luar negara – merangkumi 61 wakil antarabangsa dari lebih 20 negara serta 70 penceramah tempatan.
Sokongan Korporat & Pameran Wanita
Antara penaja utama yang menunjukkan komitmen terhadap kepimpinan wanita serantau termasuk FGV, Kino Biotech, Cuckoo Malaysia dan Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd.. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) turut bertindak selaku penganjur bersama program ini.
Majlis turut mengumumkan pelbagai sesi dan aktiviti seperti:
• 24 sesi selari (parallel session)
• 6 bengkel khas
• 9 perbincangan meja bulat (roundtable)
• 10 sesi pleno
• 4 sesi fireside chat
• Pameran produk wanita & business matching
• Pesta Kita ASEAN & persembahan kebudayaan
Majlis pelancaran forum akan dirasmikan oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan diiringi ucaptama oleh YB Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Datin Hartini turut mengumumkan bahawa forum akan menampilkan pelbagai anugerah khas seperti Legendary Women Award, Exceptional Women Award, serta Woman of the Kids Award, di samping Gala Dinner dan sesi penyerahan resolusi kepada pimpinan negara dan ASEAN.
“WEF ASEAN ini bukan sekadar forum, tetapi platform strategik memperkasakan suara wanita serta membina jaringan kerjasama serantau dan global,” kata Datin Hartini.
Forum ini juga akan menjadi medan penyampaian resolusi dan saranan dasar kepada kerajaan negara-negara peserta melalui wakil NGO dan pemimpin wanita serantau.
#WEFASEAN2025 #KepimpinanWanita #SuaraWanitaASEAN #EmpowerWomenNow #WomenForChange #MITIKL2025 #ForumEkonomiWanita #WomenInLeadership #JaringanGlobalWanita #PestaKitaASEAN
#WEFASEAN2025 #Sheconomy #WomenLeadership #ASEAN #Empowerment #BasmiKemiskinan #BinaKesejahteraan