PUTRAJAYA – Kejayaan luar biasa Pusat Tuisyen PTTI dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik telah mencatatkan sejarah baharu apabila pusat pendidikan itu menerima dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
PTTI dinobatkan sebagai pusat tuisyen yang melahirkan bilangan pelajar Straight A’s terbanyak menerusi kategori Most Straight A’s SPM Students in a Tuition, selain mencatat jumlah Gred A tertinggi dalam kalangan pelajarnya menerusi kategori Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition.
Dua rekod ini diperoleh selepas PTTI berjaya membantu 401 pelajar memperoleh semua A dalam SPM, dengan jumlah keseluruhan 18,432 Gred A dicatatkan oleh keseluruhan pelajarnya.
Pengiktirafan ini diraikan dalam Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu termasuk pelajar, ibu bapa, personaliti terkenal dan pendidik.

Acara yang penuh berprestij itu turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh popular tanah air seperti Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Asyraf Khalid, MK K-Clique, Iman Troye dan ramai lagi.
Tidak sekadar meraikan pelajar cemerlang, majlis ini turut memberikan penghargaan kepada 356 pelajar yang hampir mencapai keputusan penuh A (“Nearly All A’s”) serta 1,685 pelajar yang mencatat keputusan sekurang-kurangnya enam A ke atas.
Sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan anak-anak ini, PTTI dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa telah menyampaikan insentif wang tunai RM500 kepada setiap pelajar Straight A’s, dengan jumlah keseluruhan insentif mencecah RM200,500.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, pencapaian itu sebagai hasil kerja keras berpasukan dan kepercayaan yang tinggi daripada ibu bapa serta usaha gigih pelajar.
“Kami percaya kejayaan ini mencerminkan betapa pentingnya pendidikan yang terancang, pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dan sokongan berterusan kepada pelajar.
“Ini bukan kejayaan PTTI semata-mata, tetapi kemenangan untuk seluruh ekosistem pendidikan yang kami usahakan bersama,” katanya.
Dengan semangat yang sama, PTTI kini menyasarkan untuk mencipta satu lagi kejayaan lebih besar pada tahun hadapan dengan matlamat melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A’s bagi SPM 2025.

Beberapa strategi telah dirancang termasuk perluasan kelas dalam talian, sistem pemantauan prestasi pelajar yang lebih efektif serta pelbagai sokongan akademik tambahan.
Sebagai sebahagian daripada komitmen sosial dan pendidikan, PTTI turut menawarkan sesi konsultasi percuma kepada pelajar dan ibu bapa yang bakal menghadapi SPM tahun ini bagi membantu mereka membina strategi pembelajaran yang lebih berkesan.
Maklumat lanjut tentang program dan tawaran PTTI boleh didapati melalui laman web rasmi di www.ptti.my.