Oplus_16777216

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025 — Aktivis pengguna terkenal, Tuan Haji Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, hari ini mengucapkan tahniah atas pelantikan Ketua Polis Negara (IGP) yang baharu, YDH Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, yang menggantikan YDH Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam satu kenyataan ringkas, Toqqi menyatakan harapan agar pelantikan ini menjadi titik tolak kepada peningkatan mutu dan integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Khalid atas pelantikan beliau sebagai IGP yang baharu. Kita harap beliau akan membawa lebih banyak kebaikan kepada negara serta terus berkhidmat dengan cemerlang,” kata Toqqi.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada IGP terdahulu, YDH Tan Sri Razarudin Husain yang bersara hari ini, dan menekankan bahawa khidmat bakti kepada negara tidak harus terhenti walaupun seseorang itu telah bersara dari jawatan rasmi.

“Kepada yang mengundur diri, kita ucapkan selamat bersara. Namun tugas untuk berkhidmat kepada negara tidak tamat di situ. Masih boleh terus membantu dan menyumbang berdasarkan pengalaman masing-masing,” tambahnya.

Toqqi juga menyuarakan keyakinan bahawa pelantikan kepimpinan baharu ini akan mampu “membetulkan kelemahan-kelemahan sedia ada” dan seterusnya “mempertingkatkan imej pasukan PDRM” di mata rakyat.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan seruan agar seluruh warga PDRM menyokong kepimpinan baharu demi negara dan rakyat.

#IGPBaharu #DatukSeriKhalidIsmail #Toqqi #PPIM #PDRM #ReformasiPolis #SelamatBersara #TahniahIGP #PolisUntukRakyat #MalaysiaAman

Leave a Reply