26 Ahli Parlimen UMNO Digesa Tarik Sokongan Serta-Merta – Syed Rosli

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2025 — Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail lantang menyuarakan kekecewaan beliau terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan ketidakhadiran beberapa pemimpin utama dalam perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian baru-baru ini.

Beliau menafikan dakwaan kononnya memperlekeh pertemuan tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa beliau hanya menyuarakan realiti bahawa perjumpaan itu adalah satu tindakan sia-sia, katanya ketika ditemui Media AATV.

“Saya tidak perlekeh. Saya cuma nyatakan fakta. Ini semua membuang masa kerana kita sedang berdepan dengan kezaliman yang berlarutan terlalu lama,” ujar Syed Rosli.

Beliau turut membidas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya bersikap hipokrit dalam menjunjung prinsip tatakelola dan peraturan.

“Kalau benar kita mahu ikut tatakelola dan tertib, bagaimana pula dengan layanan yang diberikan kepada Datuk Seri Najib? Adakah itu tertib? Itu satu kezaliman!”

Syed Rosli turut mempersoalkan ketidakhadiran ahli-ahli Parlimen UMNO, khususnya mereka yang memegang jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pada malam perjumpaan tersebut.

“Saya sendiri hadir di Hotel Raja Chulan, tapi mereka tidak muncul. Jangan tipu saya. Solidariti apa kalau tidak hadir?”

Lebih lantang lagi, beliau menggesa 26 Ahli Parlimen UMNO supaya segera menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Anwar, yang disifatkannya sebagai tidak menghormati titah Raja-Raja Melayu dan mengkhianati institusi diraja.

“UMNO perlu bangkit. Cukup-cukuplah dengan wayang politik ini. Jangan kita bersekongkol dengan pengkhianat yang memperlekeh titah Raja-Raja dan menzalimi pemimpin kita.”

Kenyataan beliau dijangka menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan ahli dan penyokong UMNO serta menambah tekanan terhadap barisan kepimpinan parti menjelang PRU seterusnya.

#TarikSokonganSekarang #BebasNajib #UMNOBangkit #HentikanKezaliman #TatakelolaAtauWayang #SolidaritiUMNO #HormatRajaRaja #AnwarZalim #UMNOTolakPH #KebenaranUntukNajib

Leave a Reply