KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, mengeluarkan kenyataan pedas berhubung situasi politik semasa negara yang disifatkannya ibarat “cerita Tamil” – penuh dengan plot twist yang tidak dijangka, di mana penjahat boleh menjadi hero, dan sebaliknya.
“Cerita Tamil ni kadang-kadang penjahat jadi hero, yang hero mati tengah jalan. Hero boleh menari atas kereta api. Itulah saya rumuskan tentang politik Malaysia,” katanya, menyentuh ketidaktentuan arah pemerintahan semasa.
Dr. Azam turut mengkritik kegagalan reformasi yang dijanjikan oleh kerajaan, terutama dalam aspek kehakiman. Beliau menyatakan bahawa walaupun telah berlalu lebih tiga tahun sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih, janji-janji seperti dalam PH 1.0 terus gagal dilunaskan.
“Reformasi kehakiman pun tak berlaku. Dulu rakyat turun beribu pakai baju kuning, kini rakyat yang sama diam apabila harga barang naik.” katanya.
Dalam nada sinis, beliau memuji Perdana Menteri sebagai “the best orator in the world” dengan kemahiran berbahasa dan gaya penampilan, namun mendakwa bahawa jawapan sebenar terhadap isu rakyat tidak diberikan.
Beliau mencabar kerajaan untuk melaksanakan subsidi petrol jika benar-benar mahu menguji sokongan rakyat.
“Diesel kamu naik rakyat diam. Cuba naikkan petrol – kita tengok apa jadi PRU16,” katanya sambil menyatakan bahawa gelombang kemarahan rakyat sudah tidak dapat disekat lagi.
Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional perlu bijak membaca situasi dan tidak terus tenggelam bersama kerajaan yang kini semakin ditolak rakyat.
“Jika kamu ada di dalam, kamu juga akan terpalit dengan lumpur-lumpurnya,” tegasnya.
Dr. Azam menamatkan kenyataan dengan harapan agar Barisan Nasional dapat kembali ke tampuk kuasa menerusi gelombang kemarahan rakyat yang semakin membuak.
#PolitikMalaysia #UMNOBangkit #KerajaanMadani #PMX #PRU16 #ReformasiKoyak #SubsidiPetrol #SuaraRakyat #AzamRauzan #JanjiTidakDitepati