KUALA LUMPUR, 19 Julai 2025 – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Mazlan Latif, hari ini mengeluarkan kenyataan pedas terhadap beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan komen mereka yang didakwa menghina tindakan 160 Ketua Bahagian UMNO yang menyokong pelaksanaan Titah Addendum daripada Yang di-Pertuan Agong.
Mazlan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kritikan terbuka Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Shah Syed Osman, dan pemimpin PKR Tuaran, Razeef Rakimin, yang didakwa menyifatkan tindakan ketua-ketua bahagian UMNO sebagai “bodoh” dan “biadap”, kata Mazlan ketika ditemubual Media AATV
“Cop jari pun tak kering lagi, dah nak ajar orang. Siapa Syed Badli Shah ni nak panggil Ketua UMNO biadap? Dan Razeef Rakimin pula dengan mudahnya panggil tindakan itu bodoh – sedap sangat mulut tu bercakap,” tegas Mazlan.
Menurut Mazlan, perjumpaan 160 Ketua Bahagian UMNO itu bukan untuk menentang kerajaan, tetapi semata-mata menyuarakan sokongan agar Titah Addendum dilaksanakan dengan segera.
Beliau turut menyokong kenyataan Datuk Seri Shafie yang menekankan bahawa isu ini akan ditangani apabila tiba masanya, namun memberi amaran bahawa UMNO sedia meninggalkan kerajaan jika suara mereka terus tidak dihormati.
“Kalau saya nak cakap terang, saya nak bagitahu geng-geng PKR — pergi mampus sama kau orang. Kau orang lah yang derhaka, bukan kami,” katanya tegas.
Mazlan turut membidas sikap pemimpin PKR yang menurutnya “menggelupur” apabila isu pelaksanaan titah diraja dibangkitkan, dan menyindir mereka yang gagal menangani isu seperti kes Yusof Rawther dan Rafizi dengan berkesan.
Beliau menegaskan bahawa tindakan UMNO bukanlah satu penderhakaan, sebaliknya satu bentuk tanggungjawab dalam memastikan kedaulatan institusi diraja tidak dipermainkan.
“Engkau orang yang biadap, derhaka kepada Titah Tuanku. Itu saja aku nak bagi tahu,” katanya.
Kenyataan Mazlan ini dijangka akan membakar lagi suhu politik dalam kalangan parti komponen kerajaan menjelang sidang Parlimen akan datang.
#TitahAddendum #UMNOBangkit #DerhakaPadaTuanku #MazlanLatif #PolitikMalaysia #KerajaanPerpaduan #PKRKecamUMNO #RafiziRakimi #SyedBadli #KrisisPolitik2025