KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 – Seminar 3 hari sempena program Desaku Mendunia membuka lembaran baharu dalam landskap pembangunan FELDA apabila pelbagai pihak berganding bahu memperkukuh teknologi dan pengetahuan dalam industri sawit negara.
Naib Pengerusi 1 Kami Anak FELDA Malaysia, YB Tuan Mohd Syahbuddin bin Hashim berkata, seminar bertemakan “Sawitku Mendunia” itu memberi tumpuan khusus kepada aspek ladang, termasuk teknologi terkini dalam Amalan Pertanian Baik (GAP), pengurusan ladang, perusahaan serta operasi kilang sawit.
“Ia satu platform yang sangat baik di mana presenter terpilih oleh FELDA membentangkan pelbagai inisiatif dan inovasi bagi meningkatkan hasil sawit negara,” jelas beliau ketika ditemui semasa berlangsungnya Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) di MITEC, Kuala Lumpur.
Karnival yang menghimpunkan FELDA, Koperasi dan KUD (Keusahawanan Desa) dalam satu program gabungan ini disifatkan sebagai inisiatif cemerlang yang menyatukan seluruh ekosistem warga peneroka dan anak FELDA.
YB Mohd Syahbuddin turut menzahirkan harapan agar lebih ramai pengunjung hadir pada hari-hari berikutnya, terutamanya menjelang kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang dijadualkan merasmikan program tersebut.
Beliau turut memuji visi progresif Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang berjaya menggabungkan FELDA, FGV, Felda Plantation dan entiti berkaitan di bawah satu matlamat – memperkasa FELDA ke arah masa depan lebih gemilang.
“Inilah idea besar – menyatukan seluruh kekuatan FELDA dalam satu payung. Demi kemajuan peneroka dan anak-anak FELDA di seluruh negara,” katanya penuh yakin.
#SawitkuMendunia #KamiAnakFELDA #FELDA2025 #KarnivalMega3D #DesakuMendunia #FELDAUnity #AnakPenerokaHebat #TransformasiSawit #IlmuUntukPeneroka #SyahbuddinVoice