Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, YB Tuan Mohd Syahbuddin bin Hashim, menyuarakan kekesalannya terhadap kelewatan pelaksanaan dokumen addendum berkaitan Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya telahpun disahkan kewujudannya oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut beliau, setelah lebih setahun Datuk Seri Najib dinafikan haknya, kini tiba masanya untuk keadilan ditegakkan melalui pelaksanaan dokumen tersebut yang menjadi asas kepada hak bekas Perdana Menteri itu.

“Sebenarnya masih menaruh harapan yang tinggi bahawasanya Addendum ini perlu berjalan sebagaimana hak Datuk Seri Najib perlu dikembalikan kepadanya dan lebih daripada setahun lebih beliau dinafikan hak beliau,” ujarnya.

YB Syahbuddin turut menegaskan bahawa isu mengenai sama ada addendum itu benar-benar wujud telahpun dijawab dengan jelas apabila ia bukan lagi bersandarkan kepada khabar angin atau ‘hearsay’, sebaliknya telah disahkan secara sah oleh pihak berwibawa.

“Kalau dulu kita hanya kata ia hanyalah hearsay — sekarang bukan hearsay. Benda tu wujud dan disahkan lagi kewujudannya,” katanya sambil mempersoalkan mengapa dokumen itu masih belum dibawa ke pelaksanaan yang sepatutnya.

Beliau menyatakan bahawa persoalan sebenar kini bukan lagi mengenai kewujudan dokumen tersebut, tetapi mengapa sistem tata kelola dalam pelaksanaannya masih gagal menepati keadilan dan ketelusan yang diharapkan oleh rakyat.

“Sekarang benda itu wujud. Bila wujud, kenapa tak nak dilaksanakan?” tegas beliau, merujuk kepada kegagalan pihak berwajib dalam melaksanakan perintah atau dokumen yang telah disahkan.

Gesaan ini dijangka terus menghangatkan perbahasan berkaitan hak-hak Datuk Seri Najib Razak dalam konteks undang-undang dan keadilan perlembagaan, serta menambah tekanan kepada pihak kerajaan dan institusi kehakiman untuk memberi penjelasan rasmi kepada rakyat.

#AddendumNajib #KeadilanUntukNajib #NajibRazak #TegakkanKebenaran #AGCSahkanAddendum #RakyatTanyaKenapa #HakNajib #TataKelolaBermasalah #ParlimenBersuara #SuaraADUNGalas

Leave a Reply