
CYBERJAYA, 6 Ogos 2025 — Kejohanan amal golf terbesar dalam kalendar industri automotif kembali lagi! Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mengumumkan bahawa edisi ke-11 PEKEMA Charity Golf – President’s Cup 2025 bakal berlangsung pada 23 dan 24 Ogos ini di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.

Acara yang selama ini menjadi kebanggaan Sabah kini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dibawa ke Semenanjung Malaysia, sekaligus membuka ruang penyertaan lebih meluas termasuk pemain antarabangsa.

Hadiah Lumayan & EV Menanti Pemain
Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM500,000, termasuk:
• Kereta Elektrik Dongfeng Box untuk hole-in-one di beberapa lubang utama
• Hadiah wang tunai hingga RM28,888
• Cabutan bertuah bernilai RM20,000, RM5,000 & RM3,000
Pelbagai hadiah menarik dalam kategori Medal A, B, C, Ladies, Senior serta hadiah novelty seperti Nearest to Pin dan Longest Drive
Setiap peserta turut akan menerima beg cenderahati bernilai RM500, menjadikan penyertaan mereka lebih bermakna.
Gabungan Sukan, Keusahawanan & Kebajikan

Presiden PEKEMA, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin, menyatakan bahawa kejohanan ini bukan sekadar sukan tetapi menjadi jambatan kerjasama antara pemain industri, agensi kerajaan dan komuniti:
“PEKEMA Charity Golf bukan sekadar acara sukan — ia platform penting merapatkan hubungan usahawan dan pemimpin industri. Ia juga memperkukuh tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Sebahagian hasil kutipan akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih, seiring dengan aspirasi PEKEMA untuk menjadi agen perubahan sosial.
Penyertaan & Penajaan Kian Memberangsangkan
Menurut Dato’ Hj Wan Sazrudeen Bin Dato’ Hj Wan Zaid, Timbalan Presiden PEKEMA, acara ini turut mencerminkan nilai-nilai murni keusahawanan dan kemajuan teknologi automotif.
Setakat ini, penyertaan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa amat menggalakkan. Antara penaja utama yang telah mengesahkan penyertaan termasuk:
• TOA Trading Co. Ltd
• Cuscapi Solutions
• Heiwa Auto Co. Ltd
• Trendy Information Co. Ltd
• Maybank, Allianz, BSN, Northport, Farm Fresh dan banyak lagi
Penyertaan Masih Dibuka
Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM5,000 per flight untuk pemain golf amatur, termasuk green fees, caddy, buggy, t-shirt rasmi, jamuan dan hadiah.
Sehingga kini, hampir 110 flight telah didaftarkan, dengan slot yang masih berbaki semakin terhad.
Tentang PEKEMA Charity Golf
Bermula sejak 2006 di Sabah, PEKEMA Charity Golf telah menjadi simbol dedikasi komuniti automotif terhadap kebajikan dan perpaduan. Dengan moto “Your Contributions Have Touched Many Lives,” kejohanan ini kekal sebagai platform strategik yang menyatukan korporat dan masyarakat demi tujuan amal.
#PEKEMAGolf2025 #CharityGolfMalaysia #GolfUntukKebajikan #DongfengBoxEV #PEKEMAAmal #PalmGardenGolf #MainGolfMenangKereta #CSRMalaysia #AutomotifMalaysia #YourContributionsMatter