(Pandangan sekumpulan peguam & pemerhati kes ini)

  1. Peguam Negara AG gagal menjelaskan status kes rasuah suami Zeti yang didedahkan kerajaan Singapura yang boleh menjadi bukti pertikaian kepada kes Najib.
  2. Mahkamah gagal menampil lebih dari 10 orang saksi utama untuk mendakwa Najib termasuk Jho Low dan Nik Faisal yang mempunyai peranan paling besar dalam kes ini.
  3. Hakim Nazlan yang mempunyai kepentingan dalam penubuhan SRC dari awal 2015 tidak layak menjadi Hakim yang menjatuh hukum. Kertas siasatan SPRM yg bocor ttg Nazlan jelas menyebut Nazlan bersalah di bawah Kanun Keseksaan.
  4. AG boleh dianggap dengan sengaja melewatkan utk memutuskan status kes konflik kepentingan Nazlan sehingga pada saat2 akhir mengatakan dokumen tidak sampai sedangkan SPRM telah mengeluarkan kenyataan resmi yang dokumen telah dihantar kepada AG.
  5. Suami Hakim Negara seorang anti Najib, penyokong PPBM telah mendapat hak istimewa merakam video dalam prosiding kes SRC Najib tanpa siapa yang melarang & pernah satu ketika membuat hantaran FB yg membuktikan pandangannya berpihak kpd pembangkang.
  6. Kebimbangan pengaruh suami Hakim Negara “dalam kelambu” menjejaskan keadilan yang mempengaruhi keputusan Hakim Negara menjadi tidak adil.
  7. Kes SRC dibuat secara tergesa-gesa paling pantas sedangkan kes ini membabit lebih 230 dokumen perakaunan, dokumen perjanjian, dokumen perniagaan, dokumen perbankan, dokumen minit mesyuarat dan banyak lagi membabitkan dokumen dalam negara dan antarabangsa, sekitar 30 ribu muka surat.

Oleh itu adalah tidak logik pembicaraan dilakukan dalam tempoh singkat 200 hari setelah tolak PKP. DSN minta tangguh cuma sekali pun tidak dibenarkan.

Sedangkan pembicaraan kes kecil makan masa 3-4 tahun manakala kes Anwar yang dokumen berkisar sekitar forensik memakan masa 6 tahun 5 bulan 10 hari dan 115 penangguhan kes.

  1. Empat kejadian ditolak – nak minta nasihat peguam Queen Counsel ditolak, nak beri bukti tambahan ttg Nazlan ditolak, minta tangguhan masa utk buat persediaan ditolak, nak minta Ketua Hakim berundur drpd menghakimi kerana konflik kepentingan suaminya ditolak. DSN telah tidak mendapat keadilan sewajarnya.

Demi integriti badan keadilan negara, sebaiknya YDPA PERLU masuk campur & memberi pengampunan demi memperkukuhkan dan mempertahankan kedaulatan undang-undang negara.

Leave a Reply