KUALA LUMPUR, 19 Mei 2026 – Platform broker antarabangsa, JustMarkets memperluas rangkaian perkhidmatannya bagi membantu pedagang berdepan cabaran pasaran kewangan yang semakin tidak menentu pada 2026.
Menurut kenyataan syarikat itu, peningkatan turun naik harga melibatkan aset utama seperti emas, minyak dan pasangan mata wang utama menuntut pedagang untuk lebih bersedia, bukan sekadar bertindak berdasarkan naluri semata-mata.
JustMarkets yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih tiga juta pedagang di lebih 160 negara berkata, pihaknya mahu menjadi platform sokongan yang membantu pedagang membina daya tahan profesional ketika berdepan keadaan pasaran yang pantas berubah.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk spread rendah, pelaksanaan pesanan pantas serta akses kepada lebih 260 aset dagangan merangkumi emas, minyak, forex, kripto dan indeks.
Selain itu, platform tersebut turut menyediakan aplikasi mudah alih iOS dan Android bagi membolehkan pedagang membuka, mengurus serta memantau dagangan dari mana-mana lokasi pada bila-bila masa.
JustMarkets turut menekankan sokongan pelanggan 24 jam sehari dalam beberapa bahasa, transaksi percuma untuk deposit dan pengeluaran, pilihan pembayaran tempatan serta global, selain sistem perlindungan slippage dan perlindungan baki negatif bagi membantu pedagang mengurus risiko dengan lebih cekap.
Dalam usaha meningkatkan kefahaman pedagang, JustMarkets juga terus melabur dalam pendidikan melalui analisis pasaran harian, cadangan dagangan daripada penganalisis dalaman, sesi latihan, webinar, kuliah serta bahan pendidikan berkaitan risiko kewangan, analisis teknikal dan konteks makroekonomi.
“Ketaktentuan bukan musuh – ketidaksediaan ialah musuh sebenar. Peranan kami adalah untuk menyediakan alat, cerapan dan keadaan yang diperlukan oleh pedagang untuk bertindak dengan yakin, walaupun dan khususnya ketika pasaran tidak stabil dan tidak menentu,” kata wakil JustMarkets.
Syarikat itu turut menjangkakan pertumbuhan lebih kukuh di Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang menerusi pendidikan, kerjasama serta penyertaan dalam acara kewangan serantau.
JustMarkets berkata, komitmen tersebut bertujuan membantu komuniti pedagang menukar volatiliti pasaran kepada peluang dengan lebih mudah dan yakin.
Amaran Risiko: Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang ketara dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Keadaan pasaran boleh berubah dengan pantas, dan kerugian mungkin melebihi deposit. Pedagang dinasihatkan memahami risiko terlibat serta berdagang secara bertanggungjawab.
#JustMarkets #PasaranKewangan #ForexMalaysia #PelaburanBijak #AACNews