Forum Sphere bersama Christy Ng & Datuk Ameer, plus demo & workshop industri rambut & kecantikan terbesar tahun ini!

PETALING JAYA, 14 Ogos 2025 – Industri rambut, salon dan kecantikan di Asia Tenggara bakal mencatat sejarah baharu apabila Barber Expo Asia, Salon Expo Asia dan Beauty Expo Asia 2025 digabungkan menjadi satu acara mega pada 6 hingga 8 September 2025 di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Dengan keluasan pameran 91,000 kaki persegi – empat kali ganda lebih besar berbanding edisi tahun lalu – acara ini dijangka menjadi platform sehenti terbesar untuk penggiat industri dari seluruh Asia.

Lebih 10,000 hingga 15,000 pengunjung dari lebih 15 negara serta 200 jenama tempatan dan antarabangsa akan berkumpul untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan industri grooming dan kecantikan rantau ini.

Selain mempamerkan produk dan teknologi terkini, expo ini akan menampilkan pelbagai aktiviti berimpak tinggi seperti pertandingan Barberlympix Asia 2025, demonstrasi langsung oleh ikon industri antarabangsa, bengkel “hands-on”, pertunjukan gaya rambut, sesi pendidikan, dan persembahan pentas penuh gaya.

Tarikan utama termasuk Forum Sphere yang bakal menampilkan tokoh terkenal seperti Christy Ng (Pengasas Christy Ng Shoes), Datuk Ameer (Pengarah Urusan Mydin Holdings), Ardy Damis (Pengasas Nimroc Barbershop) dan Asyraf Kamal (Pengasas Kopi Saigon) bagi membincangkan strategi perniagaan, inspirasi kejayaan dan peluang kerjaya.

Untuk pemain industri B2B, acara ini adalah medan strategik untuk membina rangkaian dan menjalin kerjasama baharu. Sementara itu, pengunjung B2C berpeluang merasai pengalaman eksklusif mencuba produk, melihat trend terkini, dan berinteraksi terus dengan jenama kegemaran.

Disokong oleh penaja utama myBarber dan Dyson, Barber Expo Asia, Salon Expo Asia & Beauty Expo Asia 2025 bakal menjadi pemacu utama perkembangan industri kecantikan dan rambut di Asia.

Pendaftaran booth kini dibuka dengan ruang terhad. Maklumat lanjut dan pengumuman tiket boleh diakses di www.barbersalonexpo.asia dan www.beautyexpoasia.com.

#BarberExpoAsia2025 #SalonExpoAsia2025
#BeautyExpoAsia2025
#MalaysiaBeautyHub
#BarberlympixAsia
#DysonHairMalaysia
#myBarberOfficial
#BeautyBusinessAsia
#GroomingTrend2025
#AsiaBeautyRevolution

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f