format: 0; filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:8; brp_del_th:0.0080,0.0013; brp_del_sen:0.3000,0.3000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (0.3980159, 0.6945836);sceneMode: 3145728;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 226.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 42;
AMPANG, 29 November 2026 – Kementerian Ekonomi kini berada di peringkat akhir untuk melancarkan Rangka Kerja Tindakan bagi Ekonomi Kitaran pada Disember ini, disusuli Pelan Strategik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kebangsaan pada suku pertama tahun 2027.

Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir berkata, langkah strategik itu bertujuan memastikan komitmen negara terhadap kemampanan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) tidak hanya terhenti di peringkat antarabangsa, sebaliknya diterjemahkan kepada peluang ekonomi sebenar buat pemain industri tempatan.
Menurut beliau, inisiatif seperti penganjuran Sustainaboleh! 2026 – Sustainable Lifestyle & Food merupakan bukti nyata bagaimana sektor swasta mampu memacu agenda kelestarian dengan melibatkan penglibatan aktif Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
”Kita melihat bagaimana komitmen terhadap kemampanan ini dapat memperluaskan lagi peluang, potensi serta akses pasaran kepada PMKS. Selaras dengan kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan semangat Made by Malaysia, inovasi dalam ekonomi kitaran mampu melonjakkan daya saing Malaysia,” katanya ketika ditemui media pada program tersebut di The Campus, Ampang, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai prestasi ekonomi semasa, Akmal Nasrullah optimis pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2026 mampu melepasi paras lima peratus, didorong oleh momentum konsisten daripada sektor PMKS.
Beliau mendedahkan bahawa berdasarkan data tahun 2025, sumbangan PMKS kepada KDNK negara hampir mencecah 40 peratus, menjadikan pemerkasaan segmen usahawan hijau dan ekonomi kitaran sebagai keutamaan kerajaan bagi memastikan mereka mendapat akses pasaran di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Sementara itu, penganjuran Sustainaboleh! 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 November lalu terus mencuri tumpuan apabila memperluaskan skop kelestarian daripada penghasilan perabot berasaskan kayu terbuang pada edisi sulungnya tahun lalu kepada produk makanan berasaskan tumbuhan, produk vegan, dan gaya hidup lestari.
Program hasil kerjasama strategik antara The Green Factory, Veg-Hub, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) itu menghimpunkan lebih 40 usahawan tempatan dengan sasaran 5,000 pengunjung.
Penglibatan peneraju ekonomi kitaran seperti The Green Factory yang telah mengitar semula ribuan tan kayu terbuang selama lebih 14 tahun, serta Veg-Hub yang menghimpunkan puluhan pengusaha makanan berasaskan tumbuhan, membuktikan sektor kelestarian berupaya mencipta peluang pekerjaan hijau dan menarik pelaburan baharu.
Pihak penganjur turut berharap pendedahan ini dapat membudayakan amalan mengurangkan pembaziran dan menyokong produk mesra alam tempatan dalam kalangan masyarakat, sekali gus membuktikan bahawa kelestarian bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan demi menjamin masa depan ekonomi dan kelangsungan bumi.
#BeritaAAC #Sustainaboleh2026 #EkonomiHijau #PMKS #EkonomiMADANI