Oleh : RS Thanenthiran

  1. YB Dato’ Sri Najib Tun Razak percaya bahawa tempat terakhir untuk menegakkan kebenaran adalah Mahkamah Persekutuan untuk memberinya perbicaraan yang adil tetapi beliau dinafikan. Beliau tidak pernah menuntut sama ada pembebasan atau pun layanan istimewa malahan tidak pernah menganggap dirinya sebagai VIP di mata mahkamah. Beliau percaya kepada Mahkamah Malaysia untuk perbicaraan yang adil untuk membuktikan beliau tidak bersalah.
  2. Bossku dinafikan keadilan apabila beliau memohon usul untuk menarik balik hakim Mohd Nazlan yang merupakan pekerja Maybank Yang terlibat secara langsung dalam 1MDB. Namun keputusannya ialah usul itu tidak berasas dan tiada konflik kepentingan bagi penglibatan hakim mengadili perbicaraan ini.( Ya sangat mengejutkan!)
  3. Beliau juga dinafikan keadilan apabila gagal dalam usahanya untuk melantik Queen’s Council, Jonathan Laidlaw untuk mewakilinya dalam rayuan terakhirnya. Sungguh tidak masuk akal langsung!
  4. Bossku telah memohon bukti baharu untuk dikemukakan ke dalam perbicaraan apabila mahkamah Singapura mendapati suami dan anak lelaki Zeti Abdul Aziz (Gabenor BNM) bersalah kerana mempunyai wang 1MDB dalam akaun bank Singapura mereka, yang diterima daripada Jho Low (seperti yang semua ketahui suspek utama) namun permintaan ini juga ditolak.
  5. Permintaan beliau untuk menangguh perbicaraan bagi perlantikkan peguam utama dimana mereka memerlukan masa untuk penyediaan kes juga telah ditolak tanpa kompromi.
  6. Paling menyedihkan adalah YB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah merayu kepada Mahkamah agar Ketua Hakim digugurkan daripada mendengar kesnya kerana suaminya mempunyai perasaan tidak suka terhadapnya yang dibuktikan melalui siaran media sosial suaminya secara terang terangan! Namun ini juga tidak diendahkan dan kebenaran itu telah dinafikan.
  7. Beliau mempersoalkan mengapa suami Ketua Hakim hadir semasa prosiding terakhir dan dilihat sedang merakam perbicaraan t ersebut! (adalah satu kesalahan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik mahkamah) Adakah ia melaporkan kepada seseorang?Atau pun menghantar siaran langsung kepada seseorang? Apa yang memalukan adalah bantahan ini juga telah dinafikan oleh mahkamah
  8. Yang paling teruk adalah keputusan perbicaraan ini. Tidak pernah di dunia ini dimMana satu kes yang berprofil tinggi sebegini, keputusan penghakiman dibaca lebih awal oleh seluruh dunia melalui media sosial sedangkan prosiding kes itu masih berjalan!! Memang tidak dapat dinafikan bahawa keputusan yang telah ditulis oleh panel hakim yang berat sebelah dan korup, bekerja demi kepentingan pemimpin politik yang tamak dan bersifat dendam untuk membunuh kerjaya politik DSN. Mereka ingin melakukan Character Assassination!

Jelas sekali YB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah dianiaya kerana beliau dinafikan keadilan sepanjang berlakunya perbicaraan ini sejak perbicaraan bermula!

Ingat lagi Saya secara jelas jelas, Kata kata terakhir Bossku, “Saya tidak kalah, hanya Saya tidak mendapat keadilan!” dengan senyuman beliau yang tabah!

Leave a Reply