SHAH ALAM – Pusat Tuisyen PTTI, yang semakin dikenali sebagai antara institusi pendidikan tambahan paling berkesan di negara ini, terus memperkukuh peranannya dalam melahirkan pelajar cemerlang apabila secara rasmi melancarkan cawangan ketiganya di Shah Alam.

Pembukaan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam misi PTTI untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara.

Dengan penambahan cawangan terbaharu ini, PTTI menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 500 calon SPM dari kawasan Shah Alam dalam tahun pertama operasinya.

Pada skala yang lebih luas, PTTI turut meletakkan sasaran besar untuk membimbing sehingga 12,000 pelajar secara fizikal di ketiga-tiga cawangannya, selain memanfaatkan platform pembelajaran dalam talian yang telah terbukti berkesan.

Sejak penubuhannya, PTTI telah mencatatkan rekod membanggakan apabila berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang termasuk ratusan yang memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM.

Kejayaan ini disandarkan kepada pendekatan tersusun yang dilaksanakan oleh institusi itu, membabitkan modul berfokus peperiksaan, bimbingan intensif serta pengisian motivasi secara berterusan bagi memperkukuh keyakinan pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, pembukaan cawangan baharu ini bukan sekadar satu pencapaian fizikal, tetapi lambang komitmen berterusan PTTI dalam menyokong pelajar dan ibu bapa.

“Kami percaya setiap anak bangsa layak menerima pendidikan yang menyeronokkan, mudah difahami dan dalam masa yang sama, mampu membawa kejayaan.

“Sasaran kami untuk membantu 12,000 pelajar bukan sekadar angka, tetapi satu amanah yang akan kami pikul dengan penuh tanggungjawab,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran dua ikon belia popular tanah air, iaitu duta rasmi PTTI, MK K-Clique dan Iman Troye, yang hadir bukan sekadar sebagai selebriti, tetapi sebagai penyokong kuat agenda pendidikan negara. Tidak ketinggalan penyanyi Nabila Razali dan Zaki Yamani.

Dalam ucapannya, MK K-Clique menyatakan rasa bangga menjadi sebahagian daripada keluarga PTTI, sambil menekankan bahawa ilmu adalah kunci kejayaan masa depan.

“PTTI bukan sekadar mengajar, mereka membimbing dan memberi semangat kepada anak-anak muda untuk yakin pada diri sendiri.

“Saya mahu lihat lebih ramai pelajar Malaysia melakar kejayaan dalam kehidupan,” katanya.

Iman Troye yang telah bersama PTTI selama empat tahun turut berkongsi pengalaman peribadi mengenai cabaran menyeimbangkan pelajaran dan kerjaya, dan bagaimana PTTI menurutnya telah menyediakan pendekatan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

Dengan pembukaan rasmi cawangan Shah Alam ini, PTTI kini muncul sebagai antara pusat tuisyen moden paling progresif di Malaysia, mendepani cabaran pendidikan era digital serta sentiasa bersedia mendukung pelajar dengan pendekatan holistik.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong pelajar menjelang peperiksaan penting, PTTI akan menganjurkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara dalam talian dari 27 hingga 30 Ogos ini.

Program ini ditawarkan secara percuma dan terbuka kepada semua calon SPM 2025 di seluruh negara.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman rasmi PTTI di www.ptti.my, membolehkan pelajar mendapat akses kepada strategi pembelajaran terakhir yang padat, berkesan dan dijangka memberi impak besar terhadap prestasi peperiksaan mereka.

Dengan visi jelas dan pendekatan inklusif, PTTI terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar pusat tuisyen, tetapi sebuah institusi bimbingan yang membentuk masa depan cemerlang generasi muda Malaysia.

By Cynthia

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f