format: 0; filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:0.0000,0.0000; brp_del_sen:0.0000,0.0000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 280.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 35;

PULAU PINANG, 8 November 2025 –
Aktivis sosial terkenal, Dato’ Dr. Kalaivanar daripada Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, tampil menyuarakan kebimbangan besar pengusaha dan pemandu lori di seluruh negara, khususnya di Pelabuhan Kargo Pukal Prai, Pulau Pinang, yang kini berhadapan tekanan hebat akibat dasar serta penguatkuasaan tidak seimbang oleh pihak berkuasa.

Menurut beliau, isu-isu yang dihadapi oleh pengusaha lori hari ini adalah yang paling serius dalam sejarah 68 tahun Malaysia merdeka. Katanya, tokeh-tokeh lori bukan sekadar penyumbang cukai besar kepada negara, malah memainkan peranan penting menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat tempatan.

“Kalau satu tauke lori ada 10 orang pekerja, bermakna 10 keluarga bergantung pada periuk nasi itu. Bila pengusaha ditekan, pemandu hilang pendapatan, kerajaan pun kehilangan hasil cukai,” katanya.

Desakan Terhadap Menteri dan JPJ

Dr. Kalaivanar mendakwa banyak kes penguatkuasaan tidak adil berlaku, termasuk lori disita walaupun muatan di bawah 50% seperti yang ditetapkan, serta penggunaan timbangan mudah alih (karpet) yang didakwa tidak tepat sehingga menyebabkan perbezaan berat antara 3 ke 4 tan berbanding bacaan dari pelabuhan.

Beliau turut menegur pihak Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh YB Anthony Loke, agar lebih terbuka dan tidak terlalu keras dalam melaksanakan polisi tanpa rundingan dengan pihak industri.

“Kita bukan nak lawan kerajaan, bukan nak lawan menteri. Kita hanya mahu polisi ‘give and take’. Ada timbang rasa. Jangan sampai rakyat yang kerja bawa lori ini ditindas,” ujarnya lagi.

Isu-isu Utama yang Didesak

Antara tuntutan utama yang dibentangkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan ialah:

Kajian semula BTM & BDM berdasarkan keupayaan sebenar lori dan jarak operasi pelabuhan yang hanya sekitar 1-20km.

Penyatuan kategori permit hasil pertanian, supaya tidak perlu permit berasingan bagi jagung, soya, gandum dan baja.

Semakan Kaedah 89C&U yang menyebabkan pembatalan lesen dan penyitaan kenderaan selepas tiga kesalahan.

Audit semula timbang mudah alih (karpet) yang didakwa menunjukkan bacaan berat tidak tepat.

Penyelarasan undang-undang antara negeri, khususnya status “paras body” lori tipper antara Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Pemberian subsidi diesel kepada lori hasil pertanian yang kini tidak menerima bantuan meskipun membawa barangan subsidi.

Hentikan operasi kenderaan penyamaran JPJ yang boleh membahayakan pemandu lori serta pengguna jalan raya lain.

19 November: Penyerahan Memorandum ke Parlimen

Dr. Kalaivanar mengesahkan bahawa sekiranya tiada maklum balas rasmi daripada pihak kementerian atau Ketua Pengarah JPJ, satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum rasmi akan diadakan di Parlimen pada 19 November ini oleh para pengusaha dan pemandu lori dari seluruh negara.

“Kalau Menteri turun dan beri penjelasan, kita sedia berbincang secara damai. Tapi kalau terus diam, kami tetap akan turun ke Parlimen secara aman untuk menyerahkan memorandum. Ini bukan isu politik, ini isu rakyat dan periuk nasi pekerja,” tegas beliau.

Dr. Kalaivanar turut menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Kanan JPJ, Dato’ Kifli, atas sikap terbuka dan kesediaan mendengar rintihan pengusaha lori di setiap negeri.

Penutup

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan pesan agar pihak berkuasa berhenti melihat pengusaha lori sebagai musuh, sebaliknya sebagai rakan strategik dalam menjamin kelancaran sektor logistik dan ekonomi negara.

“Kami bukan jual dadah atau senjata. Kami hanya cari makan dengan bawa lori dan bayar cukai. Janganlah tindas orang yang kerja halal,” katanya sambil menyeru solidariti semua kaum — Melayu, Cina dan India — untuk bersatu menuntut keadilan sosial.

#IsuLoriMalaysia #SuaraPengusahaLori #KeadilanUntukPemanduLori #DatoKalaiBersuara #SolidaritiRakyat #AnthonyLokeDengarKami #JPJMalaysia #PulauPinangBergerak #SekretariatBahanaKesetiaanNegara #19NovTurunParlimen

Leave a Reply