KUALA LUMPUR — Isu spekulasi kemasukan semula Khairy Jamaluddin (KJ) ke dalam UMNO terus menjadi fokus apabila Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, tampil memberi respon tegas terhadap khabar angin yang tular.

Menjawab soalan wartawan yang menyifatkan dakwaan kemasukan KJ sebagai “troll” politik, Dr. Azam mengingatkan bahawa politik bukan medan untuk “overplay” atau mencipta drama yang tidak perlu.

“KJ ini pemimpin muda dan ada pakej yang baik, tapi masalahnya satu — gelojoh,” katanya.

Beliau turut membayangkan bahawa pertemuan KJ dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam sebuah majlis perkahwinan mungkin menjadi punca cerita ini mula dispin.

“Saya dapat bayang dialog itu. KJ jumpa, ucap salam, dan sebut nak masuk balik UMNO. Apa Datuk Zahid nak jawab? Sudahlah… isi boranglah. Itu saja,” jelasnya.

Dr. Azam turut mempersoalkan siapa yang membocorkan perbualan itu kepada media dan menegaskan bahawa budaya UMNO bukan tempat untuk pemimpin yang sering menyerang parti sendiri.

Beliau memberi nasihat agar KJ turun padang dan membuktikan keikhlasannya sebagaimana tokoh-tokoh lain yang pernah berkhidmat tanpa jawatan, antaranya Datuk Lokman Adam.

“Kalau betul nak bantu parti, pergi Sabah. Buat kerja. Jangan sibuk nak jadi hero. Rendahkan diri, buat rayuan kalau mahu masuk. Kalau tak nak, jauhkan diri saja,” tegasnya.

Dr. Azam turut mengingatkan agar isu ini tidak menggugat kesatuan dalam UMNO.

“Kita tak perlu orang yang rasa diri paling hebat. Dalam UMNO ramai pemimpin. Jangan kacau perpaduan yang ada,” katanya.

Katanya lagi, keputusan sama ada KJ diterima atau tidak bukan urusannya—beliau hanya bersuara bagi pihak akar umbi.

“Jaga hati orang UMNO, bukan hati KJ,” ujarnya sebelum menutup kenyataan dengan pesanan ringkas: “Jangan marah, nanti kena jual.”

#AATVNews #PolitikMalaysia #UMNO #KJ #IsuSemasa #AkarUmbiBersuara #KrisisPolitik #BeritaTerkini #AnalisisPolitik #SuaraRakyat

Leave a Reply