KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha lori, Awtar Singh Balwant Singh, tampil menyuarakan kebimbangan mengenai tekanan yang dihadapi pemandu lori dan peranan besar mereka dalam memastikan kelancaran rantaian logistik negara.
Beliau menegaskan bahawa pemandu lori adalah antara tulang belakang sektor perkhidmatan yang memastikan bekalan makanan, ubat-ubatan, barangan industri dan pelbagai keperluan negara berjalan lancar.
“Pemandu lori ini kalau tak ada, orang tak boleh makan, spare part tak boleh dapat, ubat pun tak sampai. Satu Malaysia akan terbantut,” katanya.
Awtar Singh menambah bahawa peranan pemandu lori merentas seluruh sistem bekalan negara — dari Port Klang hingga lapangan terbang — termasuk perkhidmatan yang juga digunakan oleh para pemimpin.
“Kalau pemandu lori tak ada, masuk parlimen pun supply tak sampai,” tegasnya.
Seruan Hentikan ‘Tekanan Undang-Undang’
Beliau turut menyentuh mengenai rungutan industri terhadap apa yang didakwa sebagai “undang-undang yang membebankan”, sambil menyifatkan kenyataan tertentu pihak berkuasa sebelum ini sebagai tidak adil kepada pemandu lori.
“Jangan hisap darah dengan undang-undang ‘cowboy’. Semua salahkan pemandu lori,” ujarnya.
Awtar Singh turut mengkritik cadangan wajib pemeriksaan kesihatan tertentu yang pernah dibangkitkan kerajaan, menyifatkannya sebagai tidak realistik kerana semua golongan – termasuk ahli politik – juga berdepan risiko kesihatan.
Potensi Tindakan Besar-besaran Jika Suara Tidak Didengar
Dalam nada tegas, beliau memberi amaran bahawa negara boleh “terhenti” jika pemandu lori hilang sabar dan bertindak secara kolektif.
“Kalau satu hari mereka naik angin dan parking semua lori depan Parlimen atau Putrajaya, menteri pun tak boleh masuk. Satu minggu tak jalan, negara akan hancur,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tindakan ekstrem bukanlah jalan terbaik dan memuji peranan aktivis sosial Dato’ Dr Kalaivanar yang menasihati agar tuntutan dibuat melalui saluran yang betul.
Awtar berkata bahawa gerakan “Solidariti 2.0” akan digerakkan jika pihak kerajaan terus mengabaikan suara pemandu lorI.
“Kalau tak dengar, kita buat 2.0,” katanya.
#PemanduLoriMalaysia #SolidaritiPemanduLori #LogistikNegara #IsuPengangkutan #SuaraIndustri #AATVNews #RantaianBekalan #TekananPemanduLori #Solidariti2.0 #KeadilanUntukPemanduLori