Kuala Lumpur, 30 Disember 2021 – Seramai 129 keluarga mangsa banjir di Jalan Tiong Nam Kuala Lumpur hari ini menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1000 secara TUNAI kepada setiap isirumah terkesan akibat bencana.

Kesemua Isirumah yang terjejas akibat bencana juga turut menerima bantuan tambahan sebanyak RM300 secara TUNAI daripada Yayasan Wilayah Persekutuan.

Pemberian Bantuan Wang Ihsan di Kuala Lumpur ini telah pun bermula 28 Disember lepas.

Pada 28 Disember, Seramai 403 Isirumah menerima BWI dimana jumlah keseluruhan yang menerima bantuan ini ialah 1,017 isirumah yang terjejas banjir. Bantuan kepada baki Isirumah yang terjejas akibat bencana akan diberikan dengan secepat mungkin.

Leave a Reply