KUALA LUMPUR. 29 Disember 2021- Seramai 35,719 penerima di bawah kategori asnaf yang terkesan dengan pandemik Covid-19 telah pun menerima manfaat dari Program Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Program yang berlangsung selama 3 bulan mendapat kerjasama penuh beberapa NGO termasuk Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN), Pertubuhan Pendidikan Kekeluargaan dan Pembangunan Masyarakat (PEDIKMA) dan Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA). Seramai 400 penerima asnaf hadir dalam satu Majlis Penutup Program Kasih PRIHATIN-MAIWP yang disempurnakan oleh YBhg Datuk Mohd Jaafar Embong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DASAR) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi mewakili Datuk Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN. Pada waktu sama, turut diadakan penyerahan replika cek daripada DXN sempena Misi Khas PRIHATIN x DXN Pasca Banjir berjumlah sebanyak RM1.56 juta di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Kasih PRIHATIN-MAIWP merupakan satu inisiatif oleh PRIHATIN dengan kerjasama dan sokongan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menunjukkan keprihatinan Kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama sama dan hidup sebagai Keluarga Malaysia’ yang membantu antara satu sama lain.

Menurut Timbalan Ketua Pegawal Eksekutif (DASAR) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong “Saya melihat hasil keprihatinan MAIWP dalam menyalurkan dana kepada PRIHATIN ini wajar dicontohi oleh setiap organisasi korporat mahupun agensi kerajaan yang berkemampuan bagi menyuntik dana kewangan kepada pertubuhan atau yayasan yang berteraskan kebajikan kerana secara tidak langsung akan menjadi pendorong kepada mereka menjalankan gerak kerja dengan lebih pantas dan turut menjadi pemangkin semangat kepada penerima yang terkesan dengan pandemik selama ini.” ujar beliau.

Manakala Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, “Saya merasa amat dukacita dan terkesan melihat nasib masyarakat kita yang dilanda bencana banjir yang menyebabkan kerosakan harta benda, kehilangan tempat tinggal dan juga kehilangan ahli keluarga. Bencana banjir yang melanda kita pada tahun ini amat luar biasa walaupun ia berlaku hampir setiap tahun. Saya berharap badan-badan organisasi turut sama menyumbangkan bantuan kepada mereka bagi meringankan beban yang dihadapi khususnya mangsa mangsa banjir. Justeru, Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP ini diharap mampu meringankan beban kepada mereka yang terkesan dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan sedikit kesengsaraan kepada penerima-penerima ini.

DXN diasaskan oleh Datuk Dr. Lim Slow Jin merupakan bisnes yang juga menumpukan pada penanaman, perkilangan dan pemasaran makanan kesihatan tambahan dan mempunyal pusat operasi yang bertapak di Malaysia yang telah beroperasi di serata dunia DXN juga terkenal sebagai sebuah bisnes Genoderma. Pada majlis ini, DXN turut berbesar hati untuk menyumbangkan dana kewangan dalam jumlah yang besar kepada PRIHATIN untuk kegunaan Misi Khas sempena PRIHATIN x DXN pasca banjir yang telah menyebabkan beberapa isi rumah dan kawasan terjejas di Malaysia.

PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasa melalui program – program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan. Di samping itu, menerusi kerjasama strategik yang dijalinkan bersama Pertubuhan Kasih Neelofa, Pertubuhan Pendidikan Kekeluargaan dan Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia telah memanfaatkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti warga asnaf, anak yatim, golongan 840 dan golongan yang terkesan dengan wabak pandemik dan banjir yang melanda baru-baru ini.

Turut hadir Dato’ Mohd Aizuddin Bin Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN). Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi & Antarabangsa PRIHATIN), Encik Mohd Nizam Haji Yahya (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP). Datuk Dr. Lim Slow Jin (Pengasas Kumpulan DXN), Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abidin (Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Kekeluargaan dan Pembangunan Masyarakat) dan Tuan Amiludin Hj Latip (Presiden BAWA).

Leave a Reply