KUALA LUMPUR — Suasana politik tanah air kembali hangat apabila Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, mengulas secara lantang mengenai kedudukan dan hala tuju MIC dalam Barisan Nasional (BN).

Dalam sesi soal jawab bersama wartawan, Dr. Azam menyifatkan MIC kini berada dalam keadaan “identity crisis”, mempersoalkan tindakan parti itu yang dilihat berubah-ubah dalam menentukan pendirian sama ada kekal atau keluar daripada BN.

Menurut beliau, tindakan MIC yang dikatakan “mahu keluar, kemudian tangguh, kemudian mahu dipujuk semula” hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong BN sendiri.

“MIC ni macam tak tentu arah. Nak keluar, nak masuk, nak sokong sana sini. Mereka sebenarnya nak rasa diri tu masih ada harga diri,” ujar beliau.

Dr. Azam turut mengkritik kepimpinan MIC yang didakwa hilang sokongan masyarakat India serta menyentuh isu prestasi pilihan raya parti tersebut.

“Orang India pun sudah tolak. Bertanding banyak kerusi, menang satu saja. Itu pun nasib,” katanya.

Beliau menyelar tindakan pimpinan MIC yang dilihat berjumpa ramai tokoh politik — termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang — namun tidak pernah berjumpa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dr. Azam juga menyifatkan tindakan MIC sering mengugut untuk keluar BN sebagai tidak beretika dan menyarankan agar parti itu dipertimbangkan untuk digantung keahlian oleh BN sebelum membuat penstrukturan semula.

“UMNO dan BN ada maruah. Jangan sampai kita terpaksa terima kembali orang yang mempermainkan gabungan ini. Kalau mereka berani, pergilah ke PN sekarang,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan insiden Tanjung Piai yang melibatkan MCA sebagai pengajaran supaya BN tidak lagi tunduk kepada ugutan rakan komponen.

Dr. Azam menegaskan bahawa kekuatan BN hanya akan kembali apabila gabungan itu diperkukuh oleh parti-parti yang benar-benar setia.

“Yang penting ialah semangat Barisan Nasional. Kalau setiap kali last minute kena main, sampai bila BN nak kuat?” katanya mengakhiri kenyataan.

#AATV
#BeritaPolitik
#UMNO
#BNMalaysia
#IsuMIC
#PolitikSemasa
#AnalisisPolitik
#MalaysiaTerkini
#HariIniDalamPolitik
#SuaraRakyat

Leave a Reply