PETALING JAYA – Bulan Ramadan disambut dengan penuh kelainan oleh Me’nate Steak Hub apabila restoran daging premium terkemuka itu memperkenalkan hidangan khas Iftar Mubarak Platter sebagai pilihan utama berbuka puasa tahun ini.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Me’nate Steak Hub, yang berada di bawah kendalian syarikat bumiputera Palace Butcher Resources Sdn. Bhd., dalam menawarkan pengalaman kulinari berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Ditawarkan bermula 1 hingga 29 Ramadan di semua cawangan Me’nate Steak Hub, Iftar Mubarak Platter direka berkonsepkan hidangan berkongsi yang sesuai dinikmati bersama ahli keluarga, pasangan serta rakan-rakan.

Konsep ini bukan sahaja menekankan kepelbagaian rasa, malah mengangkat nilai kebersamaan yang menjadi intipati utama bulan Ramadan.

Hidangan istimewa ini disediakan untuk minimum dua orang dan menampilkan gabungan Tomato Pilaf Rice bersama pilihan menu utama premium yang menjadi keistimewaan Me’nate Steak Hub.

Antara sajian yang diketengahkan termasuk BBQ Beef Ribs yang dimasak sempurna, Lamb Shank Tulang Merah dengan kuah yang kaya dan berempah, serta Harissa Chicken Drumstick yang menawarkan rasa pedas aromatik.

Kesemua hidangan ini dilengkapkan dengan Arabic Vegetables Stew, salad segar, pelbagai jenis sos termasuk BBQ sos dan sos tulang merah, serta sambal korek dan sahawiq yang menambah keunikan cita rasa.

Bagi pelanggan yang memilih untuk menikmati hidangan secara dine-in, Me’nate Steak Hub turut menawarkan akses tanpa had ke Semi Buffet Me’nate sepanjang tempoh promosi Ramadan.

Semi buffet ini menyediakan pelbagai pilihan juadah sampingan termasuk kuih-muih tradisional, pencuci mulut, aneka gorengan nasi dan mi, stesen masakan pasta secara langsung, buah-buahan segar, kurma, kekacang serta salad dan pembuka selera.

Dalam usaha memberikan nilai tambah kepada pelanggan, Me’nate Steak Hub turut memperkenalkan Promosi Early Bird dengan diskaun 15 peratus sehingga 31 Januari 2026.

Melalui tawaran ini, harga bagi dewasa ditetapkan pada RM84.90 nett seorang, manakala kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun ditawarkan pada harga RM42.40 nett seorang, dengan syarat pembelian minimum untuk dua orang.

Selain itu, Me’nate Steak Hub memahami keperluan pelanggan yang ingin berbuka puasa di rumah dan menyediakan pilihan Iftar Mubarak NateBox untuk empat hingga lima orang.

Set ini sesuai untuk perkhidmatan bawa pulang atau penghantaran dan menampilkan menu yang sama seperti Iftar Mubarak Platter, kecuali kemudahan akses ke semi buffet, pada harga RM399.90 nett.

By Cynthia

Leave a Reply