editormaxinfo@gmail.com
Foto Papadin
PUTRAJAYA – Kehangatan Ramadan tahun ini diserikan dengan penganjuran Iftar Rumah Lauk 2026 oleh Marvelous Mama Sdn Bhd yang berlangsung di Nafoura Hall.
Program berbuka puasa berkonsepkan masakan kampung dan warisan ini tampil sebagai antara destinasi pilihan utama bufet Ramadan di Putrajaya dengan penawaran lebih 150 jenis hidangan setiap hari pada harga di bawah RM100 seorang.
Membawa slogan “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, Iftar Rumah Lauk mengetengahkan cita rasa autentik masakan tradisional Malaysia yang dekat dengan selera rakyat.
Sasaran utama inisiatif ini merangkumi keluarga, agensi kerajaan dan syarikat korporat di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang yang mencari lokasi berbuka puasa selesa, luas serta lengkap dengan kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Keistimewaan utama yang membezakan Iftar Rumah Lauk daripada bufet Ramadan lain ialah sajian Rusa Golek yang dihidangkan setiap hari.
Jika kebiasaan bufet menampilkan kambing golek sebagai tarikan, pihak penganjur memilih untuk memperkenalkan rusa golek yang diperap dengan rempah ratus tradisional sebelum dipanggang sehingga empuk dan beraroma.
Sajian ini bukan sahaja mencuri perhatian, malah menjadi simbol keberanian jenama dalam menawarkan kelainan premium kepada pelanggan.
Selain hidangan utama, suasana berbuka puasa turut dihidupkan dengan persembahan buskers secara langsung setiap malam serta kemunculan selebriti jemputan pada setiap hujung minggu.

Bagi memeriahkan lagi Ramadan, satu cabutan bertuah bakal diadakan pada 17 Mac 2026 dengan tawaran hadiah wang tunai, emas dan pelbagai hadiah menarik lain sebagai penghargaan kepada pelanggan.
Menariknya, sempena hari pembukaan, 200 pelanggan terawal menikmati bufet secara percuma, satu inisiatif yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Dalam masa yang sama, Marvelous Mama Sdn Bhd mengumumkan perancangan strategik untuk membuka restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada penghujung April ini.

Jenama itu turut merancang pengembangan antarabangsa menerusi pembukaan cawangan di London dan Jakarta dalam tahun yang sama, menandakan langkah besar syarikat dalam memperluas jenama makanan warisan Malaysia ke pasaran global.
Sebagai pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan yang telah menembusi pasaran Dubai dan London, Marvelous Mama terkenal dengan rangkaian produk seperti rendang, lemang durian, ketupat palas, daging dendeng, sata ikan dan ayam serta acar ikan talang.

Produk sata ikan dan ayam khususnya mendapat perhatian pelanggan kerana keaslian resipi tradisi dan keseimbangan rempah yang menepati cita rasa tempatan, manakala lemang durian pula menjadi antara hidangan unik yang sering mendapat permintaan tinggi menjelang Aidilfitri.
Dengan gabungan harga berpatutan, variasi menu melimpah dan sajian unik seperti rusa golek, Iftar Rumah Lauk 2026 dilihat berpotensi menjadi antara bufet Ramadan paling mendapat perhatian di Putrajaya tahun ini.


Ini juga turut mengukuhkan kedudukan Marvelous Mama sebagai pemain industri makanan tradisional yang semakin berkembang di peringkat tempatan dan antarabangsa.