SHAH ALAM, 4 Disember 2025 – Sebuah siri travelog inspirasi bertaraf premium, The Orchid Journey, terbitan Skyhill Clinic, bakal membawa penonton menyelusuri pengembaraan penuh hikmah tiga figura wanita terkemuka Malaysia. Siri ini diterajui oleh Dr. Linda Mat Hassin, doktor perubatan terlatih dalam bidang perawatan hormon dan wanita; Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, tokoh kerohanian dan personaliti dakwah; serta Datuk Dr. Faridah Hanim Haron, pakar kepimpinan dan pembangunan organisasi.

Mengembara dari Tokyo hingga ke Bandung, The Orchid Journey bukan sekadar paparan destinasi pelancongan, tetapi sebuah pencarian makna yang merangkumi keseimbangan hidup wanita moden—antara tuntutan karier, tekanan prestasi hidup, serta keperluan jiwa yang merindukan ketenangan, kekuatan spiritual dan kesihatan menyeluruh.

Setiap episod 20 hingga 25 minit ini membawa penonton menelusuri refleksi mendalam berkaitan kepimpinan wanita, kesihatan mental, keseimbangan hormon, tekanan hidup, serta peranan Muslimah dalam keluarga dan kerjaya. Ia dirakam dengan sentuhan sinematografi yang memukau, digabungkan dengan dialog jujur dan sarat nilai, menjadikan karya ini antara travelog inspirasi paling dinanti tahun depan.

Menurut penerbit eksekutif, Dr. Linda Mat Hassin, “Wanita hari ini hidup di antara dua dunia — dunia produktiviti dan prestasi, dan satu lagi dunia jiwa dalaman yang mendambakan ketenangan dan makna. The Orchid Journey adalah jambatan antara keduanya.”

Siri ini turut direalisasikan dengan sokongan padu daripada para penaja rasmi yang memastikan misi dan nilai The Orchid Journey lebih kukuh dan menyeluruh. Skyhill Clinic tampil sebagai Penaja Utama, diikuti Siti Khadijah sebagai Rakan Rasmi Busana Muslimah, AMPAC sebagai Rakan Latihan Rasmi, MedikGO sebagai Rakan Portal Kesihatan Rasmi, Linheal sebagai Rakan Suplemen Halal, Casalwa sebagai Rakan Butik Rasmi, dan Brainy Bunch sebagai Rakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Dalam sidang media sama, dua pelantikan penting turut diumumkan. Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa dilantik sebagai Ikon Syariah Skyhill Clinic, manakala Datuk Dr. Faridah Hanim Haron dilantik sebagai Penasihat Korporat Skyhill Clinic. Pelantikan ini melambangkan gabungan ilmu, nilai dan profesionalisme dalam usaha memperkasa wanita daripada aspek kesihatan, spiritual dan kepimpinan.

The Orchid Journey menampilkan 10 episod pengembaraan di Tokyo dan 10 episod di Bandung, dan bakal mula ditayangkan secara rasmi pada 5 Januari 2026 di saluran YouTube Skyhill Clinic.

#TheOrchidJourneyn#WanitaPerkasa #KeseimbanganHidup #SkyhillClinic #InspirasiWanita #MuslimahModen #HealingJourney #TravelogSpiritual #WomenLeadership #HarmoniDiri

Leave a Reply