filter: null; fileterIntensity: null; filterMask: null; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; motionR: 0; delta:null; module: video;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: null;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 308.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 44;

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2026 – Barisan Nasional (BN) bersikap terbuka dan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya PAS berhasrat menggunakan lambang parti itu sendiri sekiranya bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut bagaimanapun belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kepimpinan tertinggi.
Menurut beliau, PAS berkemungkinan lebih selesa menggunakan logo parti mereka sendiri sebagaimana yang pernah dipraktikkan sebelum ini.
”Perkara itu belum dibincangkan secara rasmi, tetapi saya yakin jika PAS bertanding, mereka lebih selesa menggunakan logo mereka sendiri seperti di Johor dan Negeri Sembilan. Kami tidak ada masalah, itu soal parti mereka,” katanya.
Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa BN bersama parti-parti komponennya akan terus kekal bertanding menggunakan lambang tradisi gabungan itu.
Mengulas mengenai persiapan jentera, beliau menyatakan gerak kerja di peringkat akar umbi dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan digembleng sepenuhnya bagi memastikan ‘gelombang biru’ diterjemahkan bermula di Melaka sebelum meluas ke seluruh negara.
Menyentuh status rundingan gabungan, Ahmad Zahid meletakkan tahap kemajuan perbincangan pada skala 9.5 daripada 10, sekali gus memberi gambaran kerjasama berkenaan sudah hampir muktamad.
Beliau menjelaskan bahawa rundingan telah diadakan membabitkan kedua-dua pihak, sama ada bersama PAS mahupun Perikatan Nasional (PN).
”Kami akan menunggu keputusan pengumuman mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 7 hari bulan ini sebelum memuktamadkan bentuk jalinan persefahaman atau gabungan yang akan digerakkan,” jelas beliau.
Pada masa sama, beliau mengesahkan pintu rundingan BN sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak demi kestabilan politik.
#BeritaAAC #PRNMelaka #ZahidHamidi #BarisanNasional #PolitikMalaysia