KACANG LUPAKAN KULIT,
KACANG LUPA DARATAN
Wah, rasanya Menteri Kesihatan bukan main dengan manis mulutnya. Perdana Menteri susah pun mengeluarkan arahan untuk memberikan rawatan yang terbaik buat Mantan Perdana Menteri ke 6 Dato’ Sri Najib Tun Razak. Tetapi beliau pula suka hati cakap macam macam.
Ingat beliau bukan sahaja Mantan Perdana Menteri tetapi juga suatu masa dahulu merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang telah mengangkat tinggi seorang yang bernama Khairy Jamaludin semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dan menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Sekarang hendak menyatakan bahawa ubat yang diberi sekarang adalah ubat generik menggantikan ubat khusus sebelum ini, dan ia tidak membawa sebarang kesan. Menjadi Menteri Kesihatan tidak bermakna bahawa Khairy adalah arif akan kesihatan kerana bukannya seorang doktor untuk mengandaikan seseorang itu sihat atau tidak.
Sifat kurang ajar Khairy Jamaludin semakin terserlah dengan pernyataannya atas keengganan untuk memastikan Dato’ Sri Najib Tun Razak tidak dipindahkan ke HKL dari Hospital Kajang dan seterusnya ke IJN.
Pernyataan Khairy Jamaludin berkenaan pemberian ubat generik tiada beza dengan ubat khusus yang dibeli di Hospital Swasta sebelum ini. Seharusnya Dato’ Sri Najib Tun Razak tidak meminta untuk mendapatkan layanan istimewa seperti mana yang dinikmati sebagai ‘pesakit’ di Hospital Sungai Buloh bertemankan 4 orang pembantu (banduan) yang dipilih oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Apa yang diminta adalah berdasarkan hak asasi manusia, namun jelas memperlihatkan ‘belang’ Khairy Jamaludin yang menunjukkan kuasa walaupun sudah diarah oleh Perdana Menteri sendiri untuk memberikan rawatan yang terbaik. Sama ada Khairy sengaja menidakannya atau pun Perdana Menteri tidak bersungguh sungguh dengan arahannya. Siapakah yang bermain wayang disini.
Janganlah dilupakan bahawa mulut yang memanggil pemimpin rakyat ini sebagai banduan adalah mulut sama yang mengagungkan pemimpin ini sebagai Presiden, PM mentor, pemimpin rakyat bagi menjamin kerusi empuk mereka. Memang kurang ajar! Tidak pasti sama ada tidak mengenang budi atau pun bagaikan kacang lupakan kulit!
Sumber : R.S Thanenthiran