MELAKA – Ramalan sesetengah pihak kononnya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, bakal kehilangan sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Merlimau disifatkan sebagai sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Penganalisis Politik, Datuk Dr Baharuddin Aziz menegaskan bahawa Dr Akmal memiliki aura kepimpinan serta ketokohan tersendiri yang telah lama berakar umbi dalam kalangan pengundi tempatan.
Menurut beliau, dakwaan liar yang mengatakan Dr Akmal bakal kecundang di kerusi berkenaan tidak berpijak di bumi nyata jika dinilai dari sudut pemerhatian politik semasa.
”Sebagai pemerhati dan penganalisis politik dari luar, saya melihat untuk Dr Akmal kalah di N27 Merlimau adalah sesuatu yang mustahil pada pandangan saya,” katanya.
Mengulas mengenai saingan daripada pihak lawan yang dijangka menampilkan calon wanita daripada Pakatan Harapan (Parti Amanah Negara), beliau melihat cabaran tersebut amat berliku.
Jelas beliau, amat sukar bagi calon lawan untuk menandingi pengaruh serta kedudukan Dr Akmal yang kini memegang jawatan penting sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Tambah Dr Baharuddin lagi, rekod perkhidmatan Dr Akmal di kawasan tersebut menjadi benteng kukuh yang sukar digugat oleh mana-mana pencabar.
Beliau menyifatkan pelbagai inisiatif pembangunan, kebajikan, serta kemajuan masyarakat di Merlimau telah pun dilaksanakan dengan jayanya oleh wakil rakyat berkenaan.
Justeru, beliau menegaskan langsung tidak nampak sebarang ruang atau bayangan bahawa Dr Akmal akan tewas di kubu kuatnya itu menjelang saingan pilihan raya.
#BeritaAAC #DrAkmalSalleh #DUNMerlimau #PolitikMelaka #PemudaUMNO