KUALA LUMPUR, 4 November 2026 – Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail meluangkan masa menziarahi bonda kepada Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, YDH Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara.
Kehadiran beliau bersama isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed, dilakukan sebaik sahaja selesai menghadiri program rasmi kerajaan negeri di Chini, Pekan.
Bonda kepada Mohamad Nizar, iaitu YM Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, dilaporkan sedang menjalani rawatan lanjut di hospital berkenaan.
Menerusi satu kenyataan, Wan Rosdy menzahirkan rasa prihatin selain mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan buat Yang Mulia Tengku Puteri Zainah.
”Marilah kita mendoakan semoga bonda Dato’ Mohamad Nizar diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk kembali pulih seperti sediakala,” kata beliau.
Ziarah tersebut memperlihatkan keprihatinan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri terhadap kebajikan barisan kepimpinan serta keluarga pentadbiran Pahang.
#AATVnews #WanRosdy #MohamadNizar #Pahang #DoaKesejahteraan