Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang bekas Presiden MIC, Tun Dr. S. Samy Vellu yang meninggal dunia pagi tadi.
“Saya amat dukacita mendengar berita ini, pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat negara, terutamanya masyarakat India,” kata Datuk Dr Dominic
Untuk pengetahuan semua, Tun S Samy Vellu adalah salah satu pemimpin politik yang dihormati. Beliau telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat Malaysia terutamanya kaum India dan juga adalah mentor orang ramai.
“Mendiang seorang pemimpin pada sama era dengan bekas Presiden Nasional Parti GERAKAN Tun Dr. Lim Keng Yaik.
“Beliau telah menerajui MIC selama 31 tahun, ia paling lama berkhidmat sebagai parti presiden itu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput selama 34 tahun dari 1974 hingga 2008, ia merupakan Menteri Kabinet paling lama berkhidmat yang telah memberi sumbangan besar kepada negara.
“Saya mewakili seluruh keahlian Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengharapkan ahli keluarga mendiang tabah dan bersabar menghadapi saat mendukacita ini,” katanya lagi.