Tuntutan ini adalah berdasarkan perkara-perkara yang berikut:
- Pencarum kehilangan/pengurangan pendapatan sejak covid 19 melanda pada 2020.
- Pencarum belum dan masih dalam proses mendapatkan pekerjaan stabil dan dikalangan pencarum juga terdapat mereka-mereka yang sudah berada dalam peringkat umur yang melepasi permintaan dalam industri dan lapangan masing-masing.
- Pencarum sudah mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji yang diterima sebelum pandemik covid 19 sedangkan komitmen-komitmen sedia ada adalah berdasarkan perdapatan terdahulu.
- Untuk memperbaiki/memulihkan perniagaan-perniagaan kecil pencarum yang baru bermula dan yang terjejas selepas PKP demi PKP yang dilaksanakan Kerajaan.
- Untuk melunaskan tunggakan-tunggakan hutang. pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utility serta lain lain yang berkenaan yang gagal ditampung disebabkan perkara no.1,2,3 & 4 diatas.
- Untuk menjelaskan baki-baki hutang sebelum moratorium berakhir sekitar Januari/Februari 2022 dan sebagai modal bagi menyusun semula perancangan dan strategi kewangan baru bermula Januari 2022.
- Pencarum-pencarum juga menghadapi kesan berganda akibat bencana banjir di beberapa buah negeri pada penghujung 2021 baru-baru ini. Sebagai contoh yang perlu diambil kira, bukan semua pencarum adalah pemilik hartanah yang musnah akibat bencana banjir, terdapat pencarum yang tinggal sebagai penyewa dan ini tentunya menyukarkan akses mereka kepada bantuan kerajaan kerana kemusnahan hartanah dan harta-benda bukan dibawah nama mereka sebagai penyewa.
- Memorandum ini juga adalah sebagai satu penjelasan yang sebenar-benarnya, bahawa tuntutan ini datang dari pencarum-pencarum sendiri, bukan didalangi mana-mana pertubuhan, orang-orang berkepentingan mahu pun ahli-ahli politik dari mana-mana parti politik yang ada di negara ini. Dan bukan disebabkan hasutan-hasutan atau demi kepentingan politik seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu.
Dari : PENCARUM-PENCARUM KWSP YANG TERJEJAS SELURUH MALAYSIA