KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2022 – Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres telah mengadakan perbincangan tertutup bersama lebih kurang 50 pemilik dan wakil pemilik rumah teres Kg Sungai Baru mengenai status Pembangunan Semula Tanah Kg Sungai Baru.
Pihak pemilik menuntut perhatian dan campurtangan pihak-pihak yang berwajib, Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen kawasan terutamanya agar memastikan agensi yang terlibat seperti PTG, PKB, DBKL bukan hanya memikirkan soal ekonomi semata-mata tapi harus juga mengambil berat tentang soal PENINDASAN, KEZALIMAN dan PENGANIAYAAN kepada pemilik yang mempunyai geran yang sah dan kami BUKAN SETINGGAN.
KRONOLOGI PENGAMBILAN TANAH KG SUNGAI BARU
Tahun 2016 – Sebuah syarikat Ritzy Gloss Sdn Bhd telah mengemukakan hasrat untuk
menjalinkan usahasama dengan pemilik untuk membangunkan Tanah Kg Sungai Baru, namun pemilik telah menolak secara total cadangan tersebut.
Tahun 2017 – Pemilik menerima tawaran Perjanjian Usahasama melalui agen-agen mereka yang dilantik dikalangan penduduk yang dihantar terus ke rumah pemilik. Namun masih gagal memujuk sebahagian besar pemilik teres Kg Sungai Baru.
Tahun 2018 – Agen-agen Pemaju masih meneruskan usaha memujuk pemilik terutamanya pemilik yang telah berusia untuk menandatangani perjanjian usahasama. Agen-agen pemaju bergerak ketika anak-anak pemilik keluar bekerja.
21 September 2019 – Kerajaan PH telah mengemukakan cadangan baru bagi pembangunan semula keseluruhan tanah Kampung Baru (Tanah MAS “Malay Agriculture Settlement”) termasuk Kg Sungai Baru. Namun perancangan tidak dapat diteruskan kerana telah berlaku
pertukaran Kerajaan pada Bulan Mac 2020
6 Oktober 2020 – Pemaju meneruskan usaha dengan memanggil semua pemilik untuk hadir ke sesi taklimat dan penerangan Pembangunan Semula Kg Sungai Baru, namun, majoriti pemilik tidak bersetuju dengan tawaran dari pemaju.
18hb Jun 2021 – Warta 4 telah dikeluarkan
21hb Jun 2021 – Warta 8 telah dikeluarkan dengan alasan majoriti pemilik Kampung Sungai Baru telah bersetuju dengan pemaju. (sila rujuk Peta Kampung Sungai Baru)
26 Julai 2021 – Pemilik Teres telah menerima Notis Siasatan untuk hadir ke sesi Hearing 1 pada 23 Ogos 2021 – 30 Ogos 2021.
21 Disember – 30 Disember 2021 – Sesi Hearing ke 2 dijadualkan namun telah ditangguhkan hasil desakan daripada Jawatankuasa Bertindak.
19 Januari – 31 Januari 2022 – Dijadualkan sekali lagi sesi Hearing ke 2 oleh PTGWPKL
Memandangkan Sesi Hearing ke 2 bakal bermula, maka Jawatankuasa Bertindak mengambil inisiatif bertemu dengan semua pemilik bagi mencapai kata sepakat.
Sehubungan itu, Persetujuan dan Rumusan yang telah dicapai sebulat suara adalah seperti berikut :
- PENANGGUHAN SESI HEARING KE 2
Semua pemilik rumah teres yang telah mendapat warta dan yang belum diwartakan MENUNTUT sesi “Hearing ke 2” oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) yang dijadualkan berlangsung pada 19/1/2022 sehingga
31/1/2022 DITANGGUHKAN.
Ini selari dengan janji yang telah dibuat oleh YB. DS Shahidan Kassim, Menteri WP ketika pertemuan bersama Jawatankuasa Bertindak pada 6/12/2021 di pejabat menteri di DBKL dan janji yang sama yang telah dibuat oleh YB. Menteri Wilayah pada sesi Kamar Khas Parlimen pada 13/12/2021.
Janji YB Menteri Wilayah pembangunan semula Kg Sungai Baru hanya boleh berlaku setelah pemilik dan pemaju BERSETUJU dengan KADAR PAMPASAN dan Win-Win kepada kedua pihak.
Namun, kami agak terkejut kerana sesi Hearing ke 2 tetap akan diteruskan oleh
PTGWPKL sedangkan janji YB Menteri masih belum dilaksanakan. Lebih
mengecewakan PTGWPKL mahu meneruskan sesi Hearing ke2 atas desakan pihak pemaju. - KADAR PAMPASAN
Kadar pampasan mestilah setimpal dan mengikut harga nilaian semasa. Tanah Kg Sg Baru adalah tanah berstatus leasehold dan masih berbaki 57 tahun lagi bukan tanah berstatus Malay Reserve.
Juru Nilai swasta yang dilantik telah menilai tanah Kg Sungai Baru TIDAK KURANG dari RM 1,500 per kaki persegi dan tidak termasuk nilaian bangunan di atas tapak tanah.
Prasarana telah mengambil beberapa lot tanah di kawasan Kg Baru bagi pembinaan MRT dan telah membayar pampasan lebih kurang RM 1,250 per kaki persegi. Tujuan untuk public use.
LRT telah mengambil 2 plot tanah di Kg Sungai Baru dan membayar pemilik teres dengan nilaian lebih kurang RM 500 per kaki persegi pada akhir tahun 80’an. - TIDAK MENGIKTIRAF PERSATUAN KEBAJIKAN PEMILIK HARTANAH KAMPUNG SUNGAI BARU (PKPHKSB)
Kami, pemilik teres Kg Sungai Baru ingin menegaskan bahawa PKPHKSB bukanlah persatuan yang mewakili pemilik-pemilik teres. Kami secara majoritinya BUKANLAH ahli persatuan dan tidak tahu akan keujudan persatuan ini.
Kami hairan dan pelik bagaimana PKPHKSB boleh membuat beberapa keputusan penting berkaitan Hartanah kami dengan pihak pemaju.
Sehubungan itu, kami menuntut pihak-pihak berwajib mengambil TINDAKAN TEGAS terhadap Persatuan ini khususnya Perlanggaran Akta Pertubuhan.
ANTARA SEBAB PENOLAKAN MENJALINKAN USAHASAMA BERSAMA PEMAJU BAGI MEMBANGUNKAN SEMULA TANAH KG SUNGAI BARU
1. KEUPAYAAN SYARIKAT RITZY GLOSS SDN BHD
Pemaju iaitu syarikat Ritzy Gloss bukanlah syarikat pembangunan hartanah (developer) yang reliable, tidak ada kepakaran, tidak ada track record, maka kami khuatir pembangunan semula Kampung Sungai Baru tidak akan Berjaya.
2. PERJANJIAN YANG BERAT SEBELAH
Kami mendapati banyak klausa dalam Perjanjian Usahasama Pemilik dan Pemaju adalah berat sebelah dan merugikan pemilik. Antaranya :
i) Pemaju telah mengaku bahawa secara terangan mendakwa mempunyai
pengalaman dan kepakaran dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan
pembinaan dan projek memajukan tanah-tanah.
(Salinan laporan dari En. Mohamad Yusof yang mempertikaikan kredibiliti
syarikat Ritzy Gloss kepada PKB spt lampiran)
ii) Pemaju akan MENCAGARKAN tanah pemilik kepada institusi kewangan bagi
mendapakan dana bagi membiayai projek Pembangunan Semula Kg Baru.
Apa yang akan terjadi kepada nasib pemilik rumah teres sekiranya syarikat
Ritzy Gloss Sdn Bhd menghadapi masalah kewangan dan gagal menyiapkan projek kerana tanah telah dicagarkan kepada pihak bank.
Apabila syarikat ingin mencagarkan tanah ke bank menunjukkan mereka tidak mahu menanggung risiko sekiranya projek ini gagal. Yang bakal menanggung segala kerosakan dan kerugian adalah pemilik teres.
iii) Jenis rumah yang dimaktubkan dalam perjanjian tidak sama dengan jenis rumah yang dijanjikan. Pemaju menjanjikan Kondominium tapi yang dinyatakan dalam perjanjian hanyalah PANGSAPURI. Perjanjian usahasama ini jelas menyatakan bahawa pemaju akan membina unit baru bagi mengaut keuntungan.
Kami tidak mahu menjadi nasib seperti penduduk di Kerinchi yang diambil kediaman mereka bagi projek pembangunan semula dan akhirnya terjadi penempatan 2 darjat antara golongan mewah dan marhaein. Kemudahan asas yang disediakan hanya seperti melepas batuk di tangga. Swimming pool yang tidak boleh digunakan. Unit-unit kedai yang diserahkan kepada koperasi penduduk tidak diguna pakai kerana tersorok dan terbelakang. Yang mendapat keuntungan berlipat ganda adalah pemaju sahaja yang mengaut keuntungan melalui jualan kondominium mewah.
Kenyataan salah seorang pengarah syarikat Ritzy Gloss mendakwa mahu menjadikan pemilik teres “jutawan melayu” sedangkan rumah yang diberi semula hanyalah unit pangsapuri. (kenyataan beliau di media social seperti dilampirkan)
iv) Bagaimana pihak pemaju boleh menetapkan syarat seperti ugutan kepada pemilik yang sah sekiranya pemilik tidak bersetuju dalam tempoh 60 bulan sekiranya pemilik enggang bekerjasama untuk membangunkan semula Kg Sungai Baru. Dalam Klausa 4.
v) Tidak Dinyatakan dengan jelas bila projek ini akan disiapkan.
vi) Layout plan yang disertakan didalam Perjanjian Usahasama jelas menunjukkan pemilik teres Kampung Sungai Baru akan menerima nasib yang sama seperti penduduk di Kampung Kerinchi.
Pemaju menilai pangsapuri yang bakal diterima oleh pemilik teres berkeluasan 1,200 sqft bernilai RM 1.2M dan unit berkeluasan 969sqft bernilai RM 850,000. Jelas menunjukkan penipuan oleh pemaju kepada pemilik teres kerana ianya tidak dinayatakan secara spesifik jenis brand yang akan digunakan di setiap furnishing.
vii) Perjanjian usahasama ini telah disediakan oleh Tetuan Zulpadli & Edham dan telah disemak oleh Azmi & Associates yang telah dilantik oleh Persatuan yang kononnya mewakili pemilik rumah teres. Sedangkan firma guaman yang dilantik oleh persatuan secara terang-terangan tidak membela nasib pemilik rumah teres dan akan mengakibatkan pemilik menanggung kerugian.
Tambahan firma guaman Azmi & Co bukanlah firma guaman yang mendapat endorsement daripada pemilik teres dan pemilik tiada pengetahuan langsung tentang perlantikan firma guaman ini.
viii) Secara keseluruhannya hanya memberikan keuntungan kepada pemaju sahaja.
3. KREDIBILITI PERSATUAN YANG DILANTIK OLEH PIHAK PEMAJU
Berdasarkan Perjanjian Usahasama dan Firma Guaman yang dilantik oleh persatuan
jelas membuktikan Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru
tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipertikaikan niat dan tujuan penubuhannya kerana ianya jelas tidak membantu pemilik hartanah (teres) mendapat keuntungan dan pulangan yang sewajarnya daripada pihak pemaju jika Projek Pembangunan Semula Kampung Baru ini diteruskan.
Projek yang menelan belanja berbilion ringgit ini hanya pasti akan menguntungkan
pihak pemaju sahaja.
Persatuan Kebajikan Hartanah Pemilik Kg Sungai Baru juga tidak mempunyai
kepakaran dan berlatar belakang pembangunan hartanah mana mungkin mereka boleh melaksanakan tugas sebaik mungkin untuk berunding bersama pemaju.
4. NIAT JAHAT PEMAJU
Salah seorang pengarah syarikat Ritzy Gloss Sdn Bhd telah membeli sebuah rumah teres di Kampung Sungai Baru sekitar tahun 2018 dengan harga yang rendah (below
market value) dibawah RM500,000.00 pada ketika itu untuk menetapkan harga “precedent” yang boleh diguna pakai oleh JPPH kepada semua pemilik yang enggan
bekerjasama dengan pemaju sekiranya warta 8 dikeluarkan.
PENUTUP
Pemilik Hartanah (Teres) adalah pemilik yang sah yang membayar cukai tanah dan cukai pintu dan yang telah mendiami kawasan ini sejak bergenerasi. Kami bukanlah setinggan yang boleh diusir begitu sahaja oleh pihak yang berkepentingan.
Rumah kediaman yang diperolehi sejak tahun 1970 dibeli dengan keringat dan usaha serta kerja keras pemilik dan bukan mendapat percuma atau bantuan dari kerajaan.
Sudah pastilah dengan projek Pembangunan Semula Kg Baru akan memberi kesan dan impak sosial kepada pemilik hartanah (teres) di sini.
Gangguan perasaan oleh sesetengah warga emas yang tidak mengetahui nasib tentang kediaman mereka, impian mereka membesarkan rumah kediaman bagi
diwarisi oleh anak cucu hanya tinggal kenangan dan tidak kesampaian.
Sehubungan itu, kami, menuntut PERHATIAN dan CAMPURTANGAN pihak-pihak yang berwajib, Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen kawasan terutamanya agar memastikan agensi yang terlibat seperti PTG, PKB, DBKL bukan hanya memikirkan soal ekonomi semata-mata tapi harus juga mengambil berat tentang soal PENINDASAN, KEZALIMAN dan PENGANIAYAAN kepada pemilik yang mempunyai geran yang sah dan kami BUKAN SETINGGAN.
KELUARGA MALAYSIA BUKAN HANYA KATA-KATA TAPI DILAKSANA.
KELESTARIAN bukan hanya omokan tapi tindakan.