MyCar, syarikat e-hailing negara bekerjasama dengan AMCARE dalam memberi Perlindungan Insuran Tenang kira-kira 250,000 rakan pemandu di bawah kategori B40.
Inisiatif kerajaan menerusi Belanjawan 2022 dengan kerjasama industri insurans dan takaful yang bertujuan untuk memanjangkan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah, terutamanya rakan-rakan pemandu MyCar.
Program ini meningkatkan perlindungan sosial dalam kalangan pemandu MyCar, terutama segmen berpendapatan rendah. Menerusi Perlindungan Tenang, mereka boleh menyertai pelan perlindungan yang mampu dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang dan ringkas.
Kerjasama strategik itu hadir pada waktu yang tepat, memandangkan tiada syarikat e-hailing lain yang menawarkan kebajikan kepada rakan-rakan pemandu MyCar.
Dengan perlindungan di bawah Perlindungan Tenang, rakan-rakan pemandu MyCar kini boleh melindungi diri mereka dan keluarga daripada risiko utama kehidupan ketika melaksanakan tugas mengambil pelanggan ke destinasi yang dituju.
Aplikasi MyCar 3.0 direka dan dibangunkan sendiri oleh MyCar, dengan menggunakan 100 peratus kemahiran graduan kejuruteraan perisian tempatan. Dengan kejayaan terciptanya aplikasi MyCar 3.0 ini, MyCar mensasarkan untuk menjadi unicorn gig ekonomi pertama dari Malaysia untuk Rantau Asia Tenggara.
Justeru, orang ramai diminta untuk menyahturun (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApp (2.0) sebelum ini dan memuat turun semula MyCar 3.0 yang baru ini.