MyPW amat berbesar hati untuk bersama Pendaki Gunung iaitu En Ravichandran Tharumalingam atau dikenali sebagai Ravi Everest, di dalam ekspedisi pendakian ke Gunung Everest. Misi kali ini oleh pendaki gunung akan dibekalkan bersama air MyPW yang penuh khasiat tenaga dan tinggi oksigen yang akan membantu Ravi Everest untuk mencapai matlamat pendakiannya ke Puncak Everest. Pencapaian Ravi Everest amat membanggakan negara dari titik permulaan pada tahun 1999 hingga ke hari ini. MyPW amat berbangga dapat bersama-sama Ravi Everest untuk menuju Puncak Everest.

Di samping memperkenalkan air MyPW ke persada Antarabangsa, MyPW bermula pada 2016 dengan aktiviti kesukanan gusti profesional yang pertama di Negara ini. Perubahan lanskap negara dengan norma baru kehidupan, keperbagaian aktiviti perniagaan adalah satu kewajiban. Produk air MyPW adalah tepat pada masanya. Air MyPW adalah air yang bertenaga dengan kandungan oksigen yang tinggi amat berkhasiat kepada atlet-atlet negara. Air MyPW juga memberikan kelebihan kepada pembuangan detoks dari badan, memberikan kesan penurunan yang tinggi kepada penyakit kencing manis, kolestrol dan pengawalan asma.

MyPW adalah syarikat bertaraf 100% Bumiputra dan diterajui oleh Ybhg Datin Maria Abdullah di dalam visi untuk menjadikan air MyPW merentas sempadan dan Benua bagi semua atlet di dalam bidang kesukanan.

Seiring dengan visi kami ini, menuju Puncak Everest, kami amat berbesar hati bersama dengan Pendaki Gunung En Ravichandran Tharumalingam untuk bersama-sama menuju puncak kejayaan.

Leave a Reply