KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2022 – AEDEE TECHNOLOGIES SDN BHD dengan
kerjasama beberapa Agensi Kerajann, Koperasi, dan Institusi Kewangan telah pun mengadakan satu Majlis Pelancaran E-DAGANG “PROGRAM PENCINTA RIM (PPR)” di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Program PENCINTA RIM (PPR) yang diperkenalkan oleh Aedee Technologies Sdn Bhd ini merupakan satu program yang julung-julung kali diperkenalkan di MALAYSIA demi merealisasikan hobi atau minat anak muda secara amnya untuk memiliki sport rim idaman mereka tanpa rasa terbeban.
Harga yang ditawarkannya amat mampu milik dan kepada mereka yang mengikuti
program ini juga akan mendapat tiga (3) set sport rim yang berkualiti tinggi hanya dengan satu harga. Pembayaran termasuk tiga (3) kali pertukaran dan pengimbangan tayar (balancing) secara percuma di panel yang berdaftar dengan syarikat kami.
Kami juga sedang merangka satu “PROGRAM PENCINTA RIM (PPR) – JOM BALIK KAMPUNG” sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain daripada kempen Jom Balik Kampung kami juga merangka kempen untuk bulan kemerdekaan, jualan akhir tahun dan Tahun Baru Cina 2023.
Kami menyasarkan seramai 20,000 ahli koperasi dan 200,000 orang awam akan merebut peluang untuk menempah slot “Program Pencinta Rim (PPR)” di seluruh Malaysia termasuk Sabah / Sarawak.
Setakat ini kami telah mendapat sokongan dan kerjasama dengan pihak COOPBANK PERTAMA (M) BERHAD serta beberapa koperasi bagi menjayakan program ini dan kami percaya lebih banyak lagi institusi kewangan dan koperasi yang akan menjalinkan jalinan kerjasama dengan pihak kami selepas ini. Pihak syarikat juga
akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP).
Matlamat utama Aedee Technologies Sdn Bhd adalah untuk membantu golongan muda secara amnya untuk memiliki sport rim idaman mereka tanpa perlu menunggu lebih lama dan rasa terbeban.
Pada Majlis tersebut, Pengarah Urusan Aadee Technologies Sdn Bhd, Ms. Jun Pan
mengumumkan 1,000 pendaftaran terawal layak untuk menyertai program cabutan
bertuah dan berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah misteri bernilai RM1,000 yang menanti.
Lebih menarik lagi “Programme Member Get Member – Ang PowHuLaLa” turut diperkenalkan kepada 1,000 peserta terawal yang menyertai Program Pencinta RIM dan
memperkenalkan program ini kepada ahli baru jika rakan mereka membuat pembayaran penuh atau pinjaman mereka diluluskan oleh pihak Institusi Kewangan, maka introducer akan mendapat Angpow berupa wang tunai sebanyak RM100.00 Kempen Ang Pow HuLaLa sempena Tahun Baru Cina yang tiba bermula 21hb Januari 2022 sehingga 28hb Februari 2022.
Terdahulu Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak Aedee Technologies Sdn Bhd berbesar hati memberikan 100 sumbangan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat banjir tanpa mengira kaum dan bangsa namun sumbangan ini lebih tertumpu kepada keluarga berbangsa cina amnya agar mereka dapat meraikan sambutan tahun baru cina lebih bermakna biarpun baru ditimpa musibah.
Selaras dengan cogankata “KELUARGA MALAYSIA”, kami terpanggil untuk membantu masyarakat Malaysia merealisasikan impian dan cita-cita mereka untuk memiliki sport rim idaman, maka kami perkenalkan program yang pada kami amat memberi manfaat kepada semua terutama dikalangan pencinta rim.
Berminat untuk mendapatkan Sport Rim ini, boleh melayari laman sesawang www.aedeetech.com atau terus menghubungi Aedee Technologies di talian 03-60341161.