Putra dgn senang hati dan bersifat terbuka menerima pengumuman perletakan jawatan Sdr Syed Abdul Razak bin Syed Long AlSagof melalui PC bertarikh 29 Oktober, melepaskan jawatan yg disandang dan ishtihar keluar dari Parti Putra seumur hidup.Pemimpin datang dan pergi.Yang patah tumbuh,Yang hilang berganti.

Isu nya kegilaan yang melampau utk menjadi calon PRU15 di Parlimen Sungai Buloh.Rupa²nya kesediaan nya menyertai Putra adalah untuk menjadi calon semata mata.Bukan kerana perjuangan demi agama bangsa dan negara.Elok lah dia keluar dari parti Putra dan ada hikmah disebaliknya.Putra bukan untuk orang² seperti Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof.Putra ada lah untuk wira² melayu islam/Bumiputera yg cekal, berani dan ikhlas dalam perjuangan.

Kenyataan nya yg menyalahkan itu dan ini kerana tak dapat menjadi calon.Kenyataan yg merapu,membuat tuduhan dan tohmahan yg tak berasas.Merendahkan martabat diri nya sendiri.Kenyataan beremosi, tidak istiqamah, mencari publisiti murahan, membakar sentimen utk popularkan diri tidak membawa erti apa², malah membakar diri sendiri.

Tindakannya membelakangi mandat parti, parti dijadikan perisai utk tindakan kepentingan peribadi, tidak menjunjung amanah parti, tidak patuh pada keputusan parti menyalahi roh, matlamat dan semangat perjuangan parti.

Leave a Reply