KUALA LUMPUR: Kini,sesiapa sahaja boleh melakukan kebaikan dengan hanya di hujung jari sahaja. Syarikat Gerbang Sumbangan Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah platform dalam talian, sumbangan.com bagi memudahkan sesebuah organisasi atau pertubuhan untuk meraih sumbangan secara telus, mudah & sistematik tanpa ada unsur pecah amanah & eksploitasi.
Ditubuhkan pada Julai 2020, lebih 400 organisasi yang telah berdaftar dan 300,000 pengguna sebagai penyumbang di sumbangan.com.
sumbangan.com direka khusus dengan ciri-ciri tetapan yang mesra pengguna dan memudahkan penyumbang untuk menghulurkan sumbangan tanpa rasa ragu dan was-was dengan perkhidmatan pengurusan yang telus.
Kempen Jom #BuatBaik juga mula diperkenalkan seiring dengan visi sumbangan.com, iaitu ingin menjadi platform kebaikan nombor 1 di Malaysia.
Dengan adanya platform sumbangan.com akan memudahkan segenap lapisan masyarakat untuk melakukan kebaikan dengan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Bukan hanya dapat menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan, anda juga boleh berinfaq, berwakaf, berzakat malah melakukan akikah & korban juga di sumbangan.com.
Objektif di sumbangan.com adalah untuk menjentik hati rakyat Malaysia yang berbuat kebaikan itu amat mudah di zaman sekarang. Dengan menggunakan platform yang betul, anda tidak perlu risau dan tiada ada alasan untuk tidak berbuat baik.