KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Kretip Malaya, adalah jenama di bawah Kelab Belia Kreatif Mont Kiara, badan bukan kerajaan yang sering menganjurkan programprogram yang berkaitan dengan belia akan mengadakan bengkel dan “showcase” kursus untuk para pemuzik jalanan yang memfokuskan kepada wanita. 

Ditubuhkan pada 27hb Januari 2021 dibawah seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Tujuan utama penubuhan ini adalah untuk memperkasakan belia di Malaysia dengan kemahiran kreatif dan keprihatinan terhadap isu-isu semasa dan menyumbang tenaga kerja kepada komuniti sambil mengembangkan pelbagai cabang minat belia masa kini seperti menjalankan aktiviti seni, muzik dan kemahiran. 

Berlandaskan misi utama iaitu menggalakkan belia untuk sentiasa aktif menceburkan diri dalam memimpin komuniti selari dengan pembangunan pesat kehidupan serta gaya hidup komuniti terkini Buskernita program aktiviti “busking” khusus hanya untuk golongan wanita sahaja, buat pertama kali diadakan.

Golongan wanita dilihat semakin ramai menceburkan diri dalam menjalankan aktiviti ini pada masa kini dari pelbagai peringkat usia.  

Sehubungan dengan itu program ini diharap dapat terus memperluaskan peluang dan ruang kepada mereka yang berbakat dan berminat menceburi industri ini. Seterusnya, dapat menyemarakkan penglibatan golongan wanita bagi meneruskan semangat dan meningkatkan pengetahuan mereka untuk kekal relevan.

Program satu hari ini yang akan di adakan pada 12 November 2022 akan dibahagikan kepada dua bahagian, bengkel di sebelah pagi yang akan bermula pada jam 9 pagi  hingga 12 tengahari, yang akan memfokuskan tentang pendedahan lebih khusus kepada peserta seperti tatacara, aspek teknikal dan juga pemasaran penjenamaan peribadi.

Selain daripada itu peserta akan di sajikan dengan perkongsian daripada beberapa pemuzik jalanan yang berjaya menempah nama di dalam industri, penyertaan terbuka dan percuma kepada semua golongan yang berminat.  

Pada sebelah petang pula, pertandingan yang dinamakan “Buskernita Challenge” yang hanya terbuka kepada golongan wanita sahaja mengikut syarat dan terma. Program akan diakhiri dengan persembahan Khas oleh busker yang telah menempah nama di dalam industri busking ini.

Kedua-dua aktiviti ini akan dijalankan di sebuah pasaraya baru di ibu negara, Lalaport Bukit Bintang City Centre. Terima kasih di ucapkan kepada Lalaport Bukit Bintang City Centre sebagai penaja lokasi. 

Program ini juga bekerjasama dengan persatuan Malaysian Buskers, komuniti berdaftar yang mewakili penggiat seni jalanan peringkat Nasional. Selain itu, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga menyokong penuh program ini dan juga akan turut serta di dalam bengkel bagi memberi pencerahan tentang persepsi masyarakat tentang pemuzik jalanan yang sering dikaitkan dengan masalah sosial seperti dadah.  

Oleh itu, dengan adanya program sebegini, ia diharapkan akan dapat sama-sama membantu orang awam yang berminat dalam industri kreatif khususnya pemuzik jalanan dalam membentuk peribadi dan kerjaya yang stabil dan mengubah persepsi orang ramai tentang pemuzik jalanan.

Leave a Reply