KUALA LUMPUR, 3 November 2022 – Sejak akhir-akhir ini, penyebaran maklumat palsu mengenai pemimpin dari parti UMNO dan Barisan Nasional meningkat dengan ketara.

Ini boleh menyebabkan nama seseorang pemimpin tertinggi parti itu terjejas dan menimbulkan segala kekeliruan di kalangan rakyat dalam memberikan sesuatu maklumat yang dikongsi di media sosial masa ini.

Komunikasi Barisan Nasional (BNComms)  menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan perkara sedemikian.

Oleh itu, satu laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini dan juga laporan di Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal penularan dokumen palsu Surat Akujanji tersebut di Facebook dan Twitter yang mendakwa calon Ahli Parlimen dipaksa menandatangani surat sokongan untuk melantik Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 ini.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, sebarang penyebaran maklumat BN hanya akan dikeluarkan melalui platform rasmi Barisan Nasional, Komunikasi Barisan Nasional dan UMNO Online,” katanya ketika sidang media di Pejabat BNComm di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur disini hari ini.

BNComms bertindak proaktif dalam mengekang peningkatan berita palsu terutamanya dalam konteks isu politik yang melibatkan BN di sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

Untuk mendapatkan maklumat yang betul, sila rujuk laman web rasmi Komunikasi Barisan Nasional di https://www.bnnewsonline.com/

Leave a Reply